28 February 2016

Semakan Keputusan SPM 2015 [Online dan SMS]

Tarikh 3 Mac 2016 (Khamis) telah dipilih untuk pengumuman keputusan SPM 2015 seperti yang telah dinyatakan di dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web rasmi mereka.



Terdapat 3 cara yang boleh digunakan bagi mengetahui keputusan SPM 2015 :

1. 
Mengambil slip keputusan pada tarikh 3 Mac 2016 
selepas jam 10:00 pagi di sekolah masing-masing. 

Bagi calon persendirian, anda akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat anda mendaftar dahulu.

2. Membuat semakan secara online melalui laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia selepas keputusan rasmi SPM 2015 diumumkan.

Semakan keputusan menerusi laman web tersebut hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN. 


Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca entri :

3. Menggunakan perkhidmatan mySMS 15888. 

1 comment:

  1. tahniah pada mereka yang berjaya... SPM is one step to another.. banyak lagi onak duri hidup perlu ditempuhi

    ReplyDelete