25 January 2016

Video Sejarah SPM Tingkatan 4 : Bab 1

Mulai tahun ini, saya akan menggunakan blog ciklaili.com ini sebagai salah satu medium dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah SPM. Ia bukan saja untuk kegunaan anak-anak murid saya tetapi boleh juga digunakan oleh guru dan murid-murid di sekolah lain.

Seni bina tamadun Mesir Purba : Piramid

Di dalam entri ini, saya kongsikan 5 video yang telah disediakan oleh Eduwebtv berkaitan dengan Sejarah Tingkatan 4 : Bab 1.

1. Kemunculan Tamadun Awal Manusia



2. Tamadun Mesopotamia


3. Tamadun Mesir Purba

 

4. Tamadun Indus


5. Tamadun Hwang Ho
 

Selain menggunakan masa sepenuhnya di dalam kelas, saya telah menggunakan group WhatsApp sebagai medium interaksi antara guru dan murid di luar waktu persekolahan. Group tersebut hanya melibatkan murid tingkatan 4 dan 5 telah dimulakan sejak tahun lepas dan akan diteruskan untuk tahun ini dan tahun-tahun berikutnya, insya Allah. Alhamdulillah, setakat ini memang berlaku peningkatan pemahaman dan prestasi murid-murid saya dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan 4 dan 5.

Chat setelah tamat kelas WhatsApp Sejarah bersama murid tingkatan 5
(gambar dari instagram anak murid saya)

1 comment: