31 January 2016

Istimewa Bulan Januari

Bulan Januari 2016 sudah sampai ke penghujungnya. Sebenarnya pada setiap tahun, bulan Januari merupakan bulan yang istimewa buat diri saya dan keluarga. Antara peristiwa penting yang akan menjadi ingatan dan akan disambut secara sederhana ialah :

1. hari ulang tahun kelahiran saya pada 10 Januari
2. hari ulang tahun pernikahan saya dan suami pada 13 Januari
3. hari ulang tahun kelahiran Amar (anak kedua) pada 13 Januari

Tahun ini dimulakan dengan sambutan hari ulang tahun kelahiran Atiqah (anak murid yang menjadi kawan baik saya sejak tahun lepas) yang diadakan di McDonalds dan disertai oleh anak-anak saya (Amir dan Amar) serta 2 orang anak murid saya yang lain iaitu Naim (juga kawan baik saya) dan Ammar. Kebetulan harijadi Atiqah selang sehari sebelum harijadi saya, jadi tahun ni saya buat kelainan dengan menyambut harijadi Atiqah yang baru tamat menduduki SPM pada tahun lepas.


Pada 13 Januari, sambutan hari ulang tahun kelahiran Amar telah diadakan di rumah kami dan disambut secara kecil-kecilan oleh kami sekeluarga. Tahun ini Amar sudah melangkah masuk ke alam persekolahan (PASTI 4 Tahun) dan insya Allah pada bulan Mac nanti Amar bakal menjadi seorang abang kepada anak yang sedang saya kandung sekarang.


Nampaknya bulan Januari 2016 merupakan tahun terakhir saya bergelar ibu kepada 2 orang anak lelaki dan pada hari raya nanti pasti lebih meriah dengan adanya ahli keluarga baru. Mohon semua mendoakan semoga kami sekeluarga sentiasa di dalam keadaan sihat sejahtera dan saya selamat melahirkan anak ketiga tidak lama lagi.

7 comments:

  1. Tanniah, senang semua jatuh pada bulan yang sama. :)

    ReplyDelete
  2. best kalau ulang tahun kelahiran sama bulan dengan anak-anak..boleh sambut sekali..jimat perbelanjaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kegembiraan disambut bersama2 dengan anak

      Delete
  3. tengok entri ni baru teringat tak buat pun entri besday suami ..

    apa pun semoga cik laili selamat melahirkan anak ke 3 nanti .. selamat berpantang dan semoga di permudahkan ..

    ReplyDelete