Makan Malam Bersama Keluarga

Pada minggu ke-3 bulan Januari yang lalu, saya sekeluarga bersama mak mertua, ipar duai dan anak-anak buah telah ke Aroma Ikan Bakar Jeram untuk makan malam sempena sambutan harijadi saya dan anak kedua, Amar serta hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami. Tahun ini kami memilih untuk menyambutnya bersama keluarga memandangkan terdapatnya pertambahan ahli keluarga dalam keluarga suami - 2 orang anak buah dan seorang adik ipar suami (biras saya) disamping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Oleh kerana tempahan di Aroma Ikan Bakar telahpun penuh, jadi kami telah ke sana lebih awal iaitu pada jam 7.00 malam. Sangkaan kami agak meleset kerana pada malam hujung minggu sudah semestinya pengunjung lebih ramai berbanding hari biasa. Walau bagaimanapun, rezeki kami tetap ada. Seorang pekerja telah mendapatkan 2 meja untuk kami semua.

Saya dan Amar sedang memotong kek yang dihadiahkan oleh adik ipar & isterinya

Selepas menunaikan solat Maghrib di surau yang disediakan, kami sekeluarga menunggu kehadiran ibu mertua dan ahli kelurga yang lain. Untuk menu makan malam ini saya serahkan kepada suami untuk membuat pilihan. Antara menu yang dipilih : Ikan Bakar, Ikan Siakap Masak Stim, Sotong Goreng Tepung, Sup Ketam dan Kupang Masak Merah. Untuk minuman pula kami memilih air tembikai dan fresh orange (Harap maaf, gambar makanan dan minuman tidak sempat diambil). Majlis makan malam ini berakhir lebih kurang jam 10.00 malam.

Anda boleh melihat suasana majlis makan malam kami di dalam video ini :

Post a Comment

4 Comments

  1. Anak tentu seronok dapat makan secara beramai-ramai diluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak tambah seronok bila dapat beli mainan sebelum masuk ke tempat makan ni :)

      Delete
  2. semoga semakin erat hubungan antara keluarga

    ReplyDelete
  3. bestnye makan bersama keluarga..:)

    ReplyDelete