22 December 2014

,

Percutian Bertemakan Seni : Laman Seni, Trick Art Museum i-City & Hotel De Art

Sebelum cuti akhir tahun 2014 bermula, saya dan suami telahpun merancang untuk membawa anak-anak ke percutian bertemakan 'seni' yang terletak tidak jauh dari tempat kami iaitu Shah Alam. Mengapa saya namakan percutian kali ini sebagai percutian bertemakan 'seni' adalah kerana tempat yang kami kunjungi semuanya berkaitan dengan seni iaitu Laman Seni yang terletak di Seksyen 7 dan Seksyen 2 serta Trick Art Museum i-City. Selain itu untuk penginapan pula, kami memilih untuk bermalam di Hotel de ART, Shah Alam. Jom baca pengalaman percutian kami pada 22 November 2014 :

Laman Seni 7

Lokasi Laman Seni 7 atau LS7 terletak di Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam. Terdapat pelbagai lukisan mural di LS7 yang terdiri dari 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site'. 


Laman Seni Seksyen 2

Laman Seni Seksyen 2 pula terletak di lorong belakang kedai Seksyen 2 (landmark : 7-11, KFC, FoodCourt & pintu masuk utama UITM) tidak kurang hebatnya. Terdapat beberapa lukisan yang menarik dan anda hanya perlu membuat aksi yang sesuai dengan lukisan yang ada.


Trick Art Museum i-City

Jika sebelum ini saya sekeluarga pernah ke Snow Walk I-City, kali ini kami bawa anak-anak melihat Trick Art Museum untuk merasai sendiri kehebatan ilusi optik lukisan 3D di dalam muzium 2 tingkat ini. Trick Art Museum i-City mempunyai konsep yang sama dengan Trick-art Museum di Korea, Jepun, Filipina dan sebagainya. Jadi anda tak perlu nak ke luar negara, sedangkan di Malaysia sendiri sudah ada Trick Art Museum yang terletak di Shah Alam.




Hotel de ART, Shah Alam

Untuk melengkapkan percutian bertemakan seni, kami memilih untuk bermalam di Hotel de ART yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Hotel ini menyediakan 58 bilik yang mempunyai tema tertentu. Sewaktu kami menempah bilik hotel, bilik yang masih kosong hanyalah bertemakan cupcake. Maklumat lanjut sila ke laman web Hotel de ART, Shah Alam.


Ke mana destinasi percutian anda pula?

4 comments:

  1. 3D lukisan memang tricky selepas disnap dengan kamera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa teruja bila gambar yang diambil dengan pelbagai aksi 'menjadi'

      Delete
  2. eh ada juga rupanya Art Museum macam ni dkt Shah Alam. Baru tau hihihi

    ReplyDelete