31 August 2014

,

Keriangan Di Pelancaran Play IQ Dari Fisher-Price®


Bagi ibu bapa di luar sana pasti mengenali jenama dari syarikat pengeluar mainan bayi dan kanak-kanak yang terkemuka iaitu Fisher-Price®. Baru-baru ini syarikat tersebut telah melancarkan Play IQ iaitu satu konsep dan platform Fisher-Price® yang membantu ibu bapa menilai peringkat perkembangan anak mengikut tiga tunggak utama : fizikal, kognitif dan sosial serta emosional. Dengan mengenalpasti perkembangan anak mengikut kaedah ini, ibu bapa dapat mempelajari cara untuk membantu bayi mereka mencapai perkembangan baru disamping mengesan kemajuan mereka.

 
 
 
Play IQ lebih daripada sekadar membiarkan bayi bermain, malahan ianya berkaitan dengan kesedaran bahawa bayi berkembang mengikut kemampuan masing-masing dan mencapai perkembangan penting pada waktu-waktu yang berbeza. Ia juga suatu detik penemuan bagi para ibu bapa, khususnya ibu bapa baru dengan memahami Play IQ seorang kanak-kanak, mereka akan menemui jejak perkembangan yang lebih jelas.  

Pada 16 Ogos 2014, Dr. Deborah Weber, Ketua Jabatan Penyelidikan Bayi di Fisher-Price® telah mengendalikan beberapa sesi bersama ibu bapa dengan topik-topik yang menarik mengenai tumbesaran kanak-kanak : Teknologi vs Permainan, Apakah cerita disebaliknya?, Berurusan dengan karenah kanak-kanak dan Bagaimana ibu bapa boleh bermain bersama anak-anak mereka.  

Di majlis yang diadakan di Sunway Pyramid itu,  ibu bapa yang hadir telah melalui sesi pembelajaran yang khas membawa anak-anak mereka untuk bermain di ruang permainan yang disediakan dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti gerai foto, cabutan bertuah dan promosi khas bagi alat-alat mainan Fisher-Price®.

Dr. Deborah Weber, Head of Infant Research at Fisher-Price® and Leong Meiyin, Head of Marketing, Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. launch Play IQ in Malaysia to help parents discover and track their child’s precious early development.
 
Dr. Deborah Weber discussing with parents the importance of playing with the right toys that help develop a child’s physical, cognitive, social & emotional development.
 
Parents listening to Fisher-Price’s Dr. Deborah Weber, while their babies are playing with Fisher-Price® toys.
Mother looks on gleefully at her young one takes baby steps with the Fisher-Price’s Stride-to-Ride Lion. This toy promotes children’s Physical Play IQ by learning to walk while enjoying a ride!
Little girl discovers the Laugh & Learn™ Storybook Rhymes as learning comes to life with friendly bookworm and sing-along nursery rhymes. With this toy, it encourages Cognitive Play IQ when a child touches, feels, listens and learns through play.

0 Comment:

Post a Comment