29 June 2014

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Tahun 2014 / 1435H


Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.


Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadan :

HukumWaktu Bayaran Zakat
WajibMulai terbenam matahari akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya
Paling AfdhalSebelum Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri
SunatSepanjang bulan Ramadan
MakruhSelepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
HaramSelepas terbenam matahari pada satu Syawal, hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Berikut adalah kadar zakat fitrah yang ditetapkan diseluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2014/1435H :

NegeriKadar Zakat (RM)
Perlis6.50
Kedah7.00
Pulau Pinang7.00
Perak 7.00
Selangor7.00
Negeri Sembilan6.50
Melaka6.70
Johor6.70
Pahang7.00
Terengganu7.00
Kelantan7.00
Sarawak7.00
Sabah7.00
WP Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.00


13 comments:

  1. salah satu perkara yang akan kita buat :)

    ReplyDelete
  2. paling tinggi rm7.00

    melaka 6.50 rasa nak balik melak ar pula hee..saja bersenda di sini :)

    salam ramadhan untuk admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menunaikan ibadah puasa & membayar zakat ye suri ;)

      Delete
  3. Selamat berpuasa! hehe..sy johor. rasanya tahun lepas rm 5 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa buat Amirul sekeluarga..

      Delete
  4. zakat membersihkan diri dan harta
    dah tak lama lagi kita akan berpuasa
    selamat berpuasa untuk semua

    ReplyDelete
  5. tq sis for the info..semoga lebih ramai yang dapat manfaat daripada artikel ni..:)

    http://vitaminhalal.com/

    ReplyDelete
  6. Akan diketepikan duiat zakat fitrah awal. :-)

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa untuk cikgu sekeluarga yer..:)

    ReplyDelete
  8. zakat membawa berkat... jika ada lebih.. banyak2kan sedekah.. =)

    ReplyDelete
  9. Nampaknya tahun ini masih RM7 lagi. Jumlah semua RM21 kena standby. Thanks kerana info awal.

    ReplyDelete
  10. terima kasih dengan info ini ^_^

    ReplyDelete
  11. In Sya Allah akan tunaikan zakat kerana Allah .

    ReplyDelete