19 May 2014

,

Video Sempena Hari Guru - 8 Things That Teachers Hate


Entri ini adalah kesinambungan entri dari UstazahAin.com tentang Sambutan Hari Guru SAMTAJ 2014. Bagi yang belum mengetahui, saya dan Ustazah Ain merupakan rakan guru yang mengajar di sekolah yang sama, jadi apa yang berlaku semasa sambutan Hari Guru 2014 telahpun diceritakan secara lanjut oleh beliau. Oh ya! blogger Qaseh iManie juga mengajar di sekolah yang sama dengan kami.

 Jambangan bunga sempena Hari Guru

Sambutan hari guru pada tahun ini agak istimewa kerana selain daripada bacaan Yaasin bersama guru dan pelajar di dataran sekolah, solat hajat berjemaah di surau serta acara sukaneka, guru-guru telah ditayangkan dengan sebuah video yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan 5 yang bertajuk 8 Things That Teachers Hate. Lokasi penggambaran video ini adalah di sekitar kawasan sekolah.

Jom sama-sama menonton hasil kreatif pelajar-pelajar sekolah kami :

15 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih cikgu. selamat hari guru juga :)

      Delete
  2. saya rasa belum terlambat untuk mengucapkan..selamat hari Guru!

    ReplyDelete
  3. Setiap Hari Persekolahan adalah Hari Guru...Selamat Hari Guru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas ucapan sempena Hari Guru

      Delete
  4. Selamat Hari Guru buat Cik Laili dan warga guru SAMTAJ ... kalau patuh semua kehendak guru, tentu lebih mudah untuk berjaya kan. Tahniah buat pelajar2 sekolah Cik Laili

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Guru. Zaman sudah berubah. Macam-macam pelajar kita buat sekarang ini. Pelajaran jangan diabaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas ucapan sempena Hari Guru

      Delete
  6. selamat hr guru.. lawak ar video bebudak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. mesej yang hendak disampaikan amat jelas. memang kreatif pelajar2 ni

      Delete
  7. saya rasa saya terlambat nak ucap hari guru tapi takpe, guru dirai hari-hari ..hehehee..selamat hari guru hari-hari :)

    ReplyDelete