22 May 2014

The Liebster Award By mycherita.com


Saya telah ditag oleh myCherita.com untuk segmen yang disertai oleh beliau iaitu The Liebster Award yang mana segmen ini akan memberi peluang untuk anda mengenali blogger-blogger lain. Apa yang perlu dilakukan oleh blogger apabila sudah ditag di dalam segmen ini ialah membuat satu entri khas dan menjawab soalan-soalan yang diberikan. Selepas itu, blogger tersebut bolehlah tag pula rakan-rakan blogger yang lain dan menyenaraikan beberapa soalan yang perlu dijawab.


Inilah jawapan yang saya untuk The Liebster Award by mycherita.com :

1. Berikan sedikit pengenalan tentang diri anda.
Ciklaili adalah isteri kepada blogger lensapujangga.com (baca entri Blogger Itu Suamiku), ibu kepada 2 orang anak lelaki (Amir & Amar), guru sekolah menengah dan seorang part-time blogger.

2. Di mana anda tinggal?
Sungai Besar, Selangor.

3. Apa hobi anda?
Membaca, melayari internet dan melancong.

4. Apakah makanan kegemaran anda? 
Nasi lemak, sate kambing, kambing panggang dll.

5. Apakah sukan kegemaran anda? 
Catur dan badminton

6. Apakah warna kesukaan anda? 
Merah, biru & kuning.

7. Di manakah tempat yang paling anda suka lawati di Malaysia? 
Tempat yang mempunyai taman tema kerana anak-anak amat gemarkan aktiviti mandi & bermain air.

8. Apa pendapat anda tentang blog MyCherita?
Sebuah blog yang mempunyai identiti tersendiri dan gaya penulisan yang bersahaja.

9.  Dari mana anda dapat tahu tentang blog MyCherita?
Blogwalking dan komen yang ditulis di dalam blog ciklaili.com.

10. Apa perasaan bila anda melawat blog MyCherita? 
 Suka, ceria  dan seronok.

Kini, giliran saya untuk tag 10 orang blogger dalam segmen ini. Pemilihan ini dibuat secara rawak berdasarkan komen yang pernah ditulis oleh blogger di dalam blog ciklaili.com sepanjang tahun 2013 :

Blogger perlu membuat satu entri dengan tajuk The Liebster Award By ciklaili.com dan menjawab 5 soalan mudah di bawah :

1. Ceritakan serba ringkas tentang diri anda.

2. Apakah tujuan anda menulis blog.

3. Rahsia disebalik pemilihan nama blog anda.

4. Senarai 5 blog yang selalu anda kunjungi.

5. Senarai 3 entri yang anda sukai di blog ciklaili.com

* Jika anda ingin turut serta dalam segmen The Liebster Award By ciklaili.com bolehlah buat satu entri dan tinggalkan url entri tersebut diruangan komen.

19 comments:

  1. laa..cikgu dok sg. besar ke.. dekat je kita rupa nye cikgu.. sy di teluk intan ja..selalu juga saya turun sg. besar jalan-jalan shopping.. salam perkenalan ya cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..memang saya dah tahu anda berada di Teluk Intan. Insya Allah ada masa nanti bolehlah jumpa..

      Delete
  2. alamak apakah liebster award ni ..huhu .. emm em.. saya akan join insyaAllah kalau ada masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..tunggu ada masa nanti baru jawab ye

      Delete
  3. In Shaa Allah, nanti iolss sampai yer cik laili...

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Ciklaili, terima kasih menge 'tag' saya. insyaAllah saya cuba jawab soalan dari Ciklaili

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..jangan lupa tinggal url entri tersebut

      Delete
    2. ini jawapan dari saya yang tidak seberapa

      http://syukurnyasihat.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-mycheritacom.html

      Delete
    3. terima kasih kerana turut serta..

      Delete
  5. terima kasih sebab sudi tag saya ye ciklaili, insha allah saya akan menunaikannya

    ReplyDelete
  6. Terima kasih cikgu tag saya, nanti ada kesempatan saya buat satu entri berkenaan

    ReplyDelete
  7. As salam,terima kasih ciklaili sudi tag saya, sebenarnya pernah dengar ttg award ni, cuma tak sangka ada blogger lain yang nak tag saya, huhu..saya akan cuba usahakan jawab soalan yang diberi dalam entri saya nanti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..ok, nanti kongsikan url entri tersebut di sini ye :)

      Delete
  8. Baru perasan kena tag ni. Komen ciklaili duduk dalam spam pulak. Terima kasih ciklaili sudi tag saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh! tidak mengapa..jangan lupa kongsikan url entri anda ye..

      Delete