05 May 2014

Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2014


Seperti tahun-tahun sebelum ini, Persatuan Sejarah Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi tahun 2014, format pertandingan masih sama seperti tahun sebelumnya dan tarikh tutup pertandingan adalah pada 31 Oktober 2014.

 

Antara syarat-syarat penyertaan :
1. Penyertaan terbuka kepada 4 kategori :

i. Institusi Pengajian Tinggi / Maktab Perguruan / Orang Awam : Perseorangan sahaja
ii. Tingkatan 6 / Matrikulasi : Perseorangan sahaja
iii. Tingkatan 4 - 5 : Perseorangan atau berkumpulan
iv. Tingkatan 1 - 3 : Berkumpulan (3 orang sahaja)

2. Karya hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

3. Panjang karya adalah seperti berikut :
IPT / MP / Peserta Awam : 7000 - 10,000 perkataan
Matrikulasi / Tingkatan 6 : 4000 - 7000 perkataan
Tingkatan 4 - 5 : 3000 - 6000 perkataan
Tingkatan 1 -3 : 1500 - 3000 perkataan

4. Karya mestilah hasil kajian atau penyelidikan asal. Sumber sejarah hendaklah berdasarkan lisan, dokumen dan artifak.

5. Tajuk tugasan :

i. Menengah Atas / Tingkatan 6 / Matrikulasi  
a. Pelajaran (selain sejarah sebuah sekolah)
b. Pentadbiran awam
c. Keselamatan
d. Ekonomi
e. Politik
f.  Kesihatan dan perubatan
g. Hal ehwal kemasyarakatan

ii. Menengah Rendah
a. Tokoh
b. Peristiwa penting / bersejarah
c. Bangunan / binaan, tinggalan atau satu tempat bersejarah
d. Sebuah institusi / pertubuhan tempatan berkaitan dengan kemasyarakatan
e. Sebuah organisai / aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan ekonomi

6. Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut :


Untuk maklumat lanjut, sila click Brosur Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2014.

3 comments:

  1. wahh..teringat pula saya menang anugerah essay terbaik kat University dulu.. tajuk ikan patin..hehehe

    ReplyDelete
  2. Pernah saya join sekali pertandingan macam ni, tapi tak menang. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila agaknya keputusan diumumkan untuk pertandingan 2014?

      Delete