16 May 2014

Kad Ucapan Selamat Hari Guru


Pada tahun ini saya telah membantu Amir untuk menyediakan kad ucapan Selamat Hari Guru yang akan diberikan kepada guru-guru di sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama. Amir begitu teruja untuk menulis ucapan dibelakang kad yang telah disiapkan.

Sebagai 'anak guru' saya amat faham bagaimana perasaan Amir kerana saya juga adalah 'anak guru' - ibu bapa saya merupakan guru sekolah. Kami telah dididik supaya menghormati guru-guru dan menghargai segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan. Walau hanya dengan sekeping kad ucapan terima kasih dan mungkin diiringi dengan hadiah, sudah membuatkan guru tersenyum gembira. Yang pasti tanpa guru siapalah kita pada hari ini.

Jangan lupa saksikan 


Selamat Hari Guru buat semua pembaca ciklaili.com yang bergelar
CIKGU, USTAZ dan USTAZAH.


16 comments:

  1. Tahun ini anak-anak akak sendiri yang taip kad2..ibunya tak menang tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kan bila anak-anak dah mahir menggunakan komputer. ibu bolehlah membantu apa yang perlu..

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih mama darwisy.
      Amir nak bagi kad untuk semua guru yang mengajarnya di sekolah - sekolah kebangsaan & sekolah agama.

      Delete
  3. Selamat Hari Guru. Macam-macam cara dianjurkan sempena sambutan Hari Guru. Berbeza dengan zaman saya sekolah dahulu. Sekarang ini adah selfie bersama cikgu. Cikgu pakai baju sekolah dan macam-macam lagi. Mungkin zaman sudah berubah mengikut peredaran zaman kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sambutan di sekolah saya tahun ini pun ada kelainan berbanding tahun sebelumnya.

      Delete
  4. Selamat Hari guru kepada guru-guru yang ada di malaysia

    ReplyDelete
  5. selamat hari guru...saya tak dapat 1kad ucapan pon...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari guru juga. jangan sedih ye cikgu..

      Delete
  6. Selamat Hari Guru buat Cik Laili juga ...kecil besar,mahal murah sesuatu hadiah bukan ukuran sebenar kejayaan guru mendidik betul tak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Dja. kejayaan anak murid dalam peperiksaan & berjaya menjadi 'manusia' yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa & negara adalah hadiah yang terbesar bagi seorang guru.

      Delete