Semakan Keputusan SPM 2013 Secara SMS Dan Online


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 bakal diumumkan pada 20 Mac 2014 (Khamis) ini. Saya pasti selain calon SPM, guru-guru yang mengajar tingkatan 5 akan turut terasa debarannya lebih-lebih lagi bagi guru-guru Sejarah kerana SPM 2013 merupakan tahun pertama pelaksanaan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus SPM. 

Bagi calon SPM 2014 dan ibu bapa, anda bolehlah merujuk entri berikut :

Terdapat 3 cara bagi mengetahui keputusan SPM 2013 :

1.
Menyemak keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10:00 pagi. 
Bagi calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

2. Menggunakan perkhidmatan mySMS 15888. 

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 26 Mac 2014.

Taip : SPM < jarak > NoKP < jarak > AngkaGiliran
& SMS ke 15888


3. Melalui laman web Lembaga Peperiksaan selepas keputusan rasmi dibuat.

Semakan keputusan menerusi laman web tersebut hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN. Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca entri Semakan Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan KPM.

Sila click link berikut : 

Contoh Keputusan SPM 2013 salah seorang pelajar saya



Post a Comment

1 Comments

  1. I was able to find good info from your blog
    posts.

    ReplyDelete