Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Ambilan Tahun 2016 - 2017

Berita baik buat ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2009 dan 2010, Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2015 - 2016 telahpun dibuka mulai 1 Mac 2015 hingga 30 April 2015. Permohonan selepas tarikh tersebut dikira sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya. 

Terkini (1 Mac 2016) : sila click entri berikut untuk :

(pandaftaran bagi anak yang lahir pada 2 Januari 2010 - 1 Januari 2012


-----------------------------------------

Sila click link / gambar berikut untuk terus ke Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online :

(sistem ini telah ditutup sepenuhnya mulai 4 Januari 2016)


Panduan Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2016 - 2017 :

1. Mulakan proses permohonan melalui/klik menu PERMOHONAN ON-LINE. Pemohon perlu mengesahkan dahulu  pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat Kelahiran (Dalam Negara atau Luar Negara) Pilihan di Daerah, Jenis Sekolah Dipohon serta pengesahan status Orang Kelainan Upaya (OKU)  Semakan nama sekolah dan di daerah mana sekolah dipohon  berada,  boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui  pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php 

2. Masukkan data Maklumat Pemohon dengan teliti terutama ketika mendaftarkan nombor MyKid. Masukkan  Tarikh Lahir dengan cermat mengikut urutan hari/bulan/tahun dengan merujuk dokumen kelahiran yang sebenar. Lengkapkan semua ruang  maklumat lain yang diperlukan/berkaitan sehingga selesai. Sila  semak semua maklumat yang  dimasukkan dengan teliti sebelum menekan butang Hantar. Lengkapkan modul pemilihan sekolah dan modul berikutnya sehingga selesai dan laksanakan cetakan borang.

3. Sistem akan menggunakan no Mykid/Borang W sebagai Id pengguna untuk membuat semakan. Sila dapatkan dan simpan No Pin dari cetakan borang yang telah lengkap.  No Pin diperlukan bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan. 

4. Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan  pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.

5.  Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah

6. Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon atau menghubungi meja bantuan eSPPSel melalui telefon atau email.


Untuk membuat semakan permohonan, sila click gambar / link di bawah :




* Dikemaskini pada Februari 2016

Post a Comment

116 Comments

  1. bila baca entry ni terus kira umur Ash bila dia nak kena sekolah darjah satu...he he he...

    ReplyDelete
  2. tetibe terasa cepatnye masa berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..bila anak dah masuk sekolah memang akan rasa masa tu cepat berlalu..

      Delete
  3. awal pendaftaran tahun ni ek..bagus jgk..blh mak ayah bajet trus utk tahun depan..xdelah akhir thn nanti kelam kabut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sejak dulu lagi pendaftaran murid tahun 1 dibuat dalam bulan Mac - April..

      Delete
  4. Kena daftar untuk anak-anak ang nak masuk sekolah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..mudah aje sekarang ni. daftar secara online.

      Delete
  5. Perkongsian yang berguna ini cikgu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. selangor je ke?negeri lain masih offline ke?
    anak sulung saya aritu kira daftar lewat..nasib boleh masuk sekolah tu..
    yang nombor 2 ni nak kene gi cepat sebelum terlewar lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat yang saya tahu hanya negeri Selangor & Putrajaya sahaja yang gunakan sistem online.

      Delete
  7. saya dah ambil dah borang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam admin,klu da daftar online xbole tuka sekola lain ke?

      Delete
  8. Nak tanya kalau da buat pendaftaran on9 tahun lepas, kena buat sekali lg ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu. pendaftaran hanya sekali sahaja.

      Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.

      Delete
    2. cik lalili..pindaan tu bermakna untuk tukar ke sek. lain ke??sy da daftar on9 aritu,tp rasa macam nak tukar dgn sek. yg lebih dekat lg..

      Delete
  9. saya dh buat permohonan online ini..tp borang yang dicetak dan password telah hilang (pindah tempat kerja so hilang borang tu). macam mana ye?? boleh bantu saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon atau menghubungi meja bantuan eSPPSel melalui telefon atau email.

      Delete
  10. Thanks for the info. Frustrated sebab sistem onlinenya sangat x stable.. lambat sangat. Saya dah berkali-kali log in, samada sangkut tak boleh nak further proceed drp page pengesahan atau pun the next page. Masih mencuba untuk kesekian kalinya... :(

    ReplyDelete
  11. cik laili, saya nk tnya selepas saya mmbuat pndaftran melalui online perlu ke saya pergi ke sekolah utk mmbuat perakuan permohonan?? wlpun anak saya msuk darjah 1 thn 2016....

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan boleh datang ke sekolah untuk membuat perakuan permohonan.

      Delete
  12. sekarang ini pendaftaran pelajar sekolah pun dah di update..bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah beberapa tahun sistem ini digunakan di beberapa buah negeri seperti di Selangor & Putrajaya

      Delete
  13. Assalamualaikum, jika terlupa no pin. macam mana ya. kat sini inform sila hubungi meja bantuan esppsel. Tapi tiada no phone yang diberikan. atau hantar email. Ada tak email address

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. tuan/puan boleh merujuk no pin tersebut kepada sekolah yang dipohon oleh murid.

      Delete
    2. Assalamualaikum.utk merujuk no pin kepd sekolah.kt bw ape ye...?

      Delete
  14. Assalamualaikum puan. Nak tanya, bawah tajuk Proses Pengesahan Permohonan tu, point yang ketiga 'Perakuan Permohonan Pendaftaran Tahun Satu boleh dicetak untuk rujukan penjaga dan salinan sekolah', kat mana ye nak cetak? Maaf, saya ni agak rabun sikit ilmu IT. Terima kasih kerana sudi menjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam tuan/puan.

      biasanya terdapat button di bahagian bawah sekali untuk tujuan cetakan.
      jika tuan/puan tidak dapat mencetak perakuan tersebut, tuan/puan boleh hadir ke sekolah di mana permohonan telah dibuat.

      Delete
  15. Laili,

    Apa beza sek berprestasi tinggi DAN sek rendah yang tak tersenarai dalam sek berprestasi tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beza antara Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sekolah biasa - dari segi pencapaian dan kecemerlangan sekolah. hanya sekolah yang betul2 layak akan dipilih dan diiktiraf sebagai SBT.

      Delete
  16. Nak tanya kalau kita dah daftar online pastu kita x pergi buat pengesahan dalam masa 14 hari dr tarikh daftar macama mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tahun kemasukan anak tuan/puan?
      tuan/puan boleh hadir ke sekolah yang dipohon.

      Delete
  17. salam, nak Tanya jika ingin daftar anak tahun 1 sekolah agama di Selangor ada online jugak ke..?kena daftar ke sekolah kelolaan KPM dulu sebelum daftar ke sekolah agama di Selangor ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Pokden.

      untuk sekolah agama kena daftar di sekolah yang dipohon & tidak melalui permohonan online.

      Delete
  18. Sekira saya telah mendaftarkan anak ke sekolah cina sesi 2016, boleh ke kite meminda permohonan ke sekolah kebangsaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendaftaran ke sekolah cina tersebut melalui online ke? tidak jadi masalah untuk buat pertukaran dalam tempoh yang masih dibenarkan sehingga 30/4/2014.

      Delete
    2. Bagaimana kalau ingin menerima penempatan sekolah bukan secara online selepas menerima tawaran kemasukan sekolah kebangsaan online? Perlukah maklum PPD?

      Delete
  19. Hai. Minta tolong. Anak saya Lahir di luar negara. Tetapi saya dah kehilangan Borang W-nya. Macam mana boleh dapatkan ganti? Macam mana boleh dafter sekolah ? :-( Tension betul. Thank u

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda boleh ke pejabat Jabatan Pendaftaran untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kehilangan Borang W (anak yang lahir di luar negara).

      Delete
  20. salam, nak tanya...berapa buah sekolah boleh di pohon? saya ingat nak pohon 2..yg berdekatan dengan rumah ibu saya dan lagi satu berdekatan dengan rumah sendiri...

    kalau boleh..kita kene kemaskini 2 kali la kan the borang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      permohonan hanya boleh dibuat untuk sebuah sekolah sahaja.

      Delete
  21. salam...sy nk tanya..anak sy lahir 8.9.2010...jd nk kne daftar bila ye?..sy komfius sbb ada kata 2015..ada kata 2016...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam encik Hafiz.

      kalau anak lahir pada tahun 2010, anda kena tunggu permohonan dibuka semula pada tahun 2015 oleh kerana permohonan untuk tahun 2014 telahpun ditutup pada 30 April 2014.

      anak anda akan melangkah masuk ke tahun 1 pada tahun 2017, kan? jadi anda boleh buat pendaftaran awal pada tahun 2015 & hanya perlu kemaskini maklumat pada tahun 2016.

      atau

      anda boleh buat pendaftaran pada tahun 2016 saja :)

      Delete
  22. salam. saya nak tanya kalau saya sudah pon membuat pendaftaran tapi nak tukarkan ke sekolah lain selepas waktu 30/4/14 tamat.. bagaimana saya ingin membuat pertukaran sekolah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. ada 2 situasi :

      1) jika anak anda bakal memasuki tahun 1 pada tahun 2015
      - anda boleh membuat pertukaran sekolah melalui pejabat PPD / sekolah

      2) jika anak anda bakal memasuki tahun 1 pada tahun 2016
      - anda perlu kemaskini maklumat sekolah yang dipohon di dalam Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online semasa sistem ini dibuka semula pada Mac - April 2015.

      Delete
    2. terima kasih untuk info,anak saya bakal masik darjah 1 pada tahun 2016,tapi dah daftar pada 2014,sekarang ni nak tukar sekolah,cuba nak tukar kat online tapi sampai sekarang masih belum bukak...sekarang dah tahula bila nak buat penukaran...tak payah pergi kat pejabat pendidkan ke...atau boleh tukar online nanti?

      Delete
  23. untuk permohonan sekolah di Sg. Besi, KL. kena pg terus ke sekolah atau online jugak?
    utk kemasukan 2016.

    ReplyDelete
  24. sharing is caring

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga entri ini memberi manfaat buat ibu bapa di luar sana.
      tak sabar nak melihat anak-anak melangkah masuk ke tahun 1 :)

      Delete
  25. Saya dimaklumkan keputusan penempatan thn 1 2015 keluar ld 15.07.2014 hr.tp bile sy buat semakkan, sistem nyatakan no my kid anak x de dlm rekod.sy terima email dr KPM menyatakan rekod anak berjaya didaftarkan,siap dpt no pin..sebaliknye bile sy cuba semak,tiada dlm rekod..knp ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cadangkan anda hubungi pihak sekolah yang dipohon untuk memastikan nama anak anda telah tersenarai di dalam senarai pelajar tahun 1 2015

      Delete
  26. Anak saya memasuki Tahun 1 pada 2015, tetapi tidak berjaya ditempatkan di sekolah A dipohon. Nak tanya rayuan hanya boleh dilakukan (1 - 30 September 2014) dan selapas membuat pengesahan di selokah B ditempatkan ( 01 ~ 30 Ogos 2014 )?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cadangkan puan hubungi sekolah B untuk pengesahan dan kemudian membuat rayuan di sekolah A pula.

      semoga berjaya :)

      Delete
  27. tahun depan kene stand by untuk Ziqri

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa untuk daftar dalam masa yang telah ditetapkan

      Delete
  28. as salam saya ada pertanyaan.. saya dah pergi kesolah dengan dokumen bagi tujuan pendaftaran.. yg saya nk kepastian ialah mengenai perakauan selepas 14 hari tu.. dalam sistem masih tidak ada lagi perakuan.. adakah sy perlu kesekolah baru pihak sekolah akan buat perakuan tu?

    dan satu lagi pertanyaan saya pada cik laili, dalam ruangan sekolah ditempatkan dia ada tulis proses penempatan sedang dilaksanakan di peringkat PPd..

    saya harap dapat info dari cik laili. info itu sangat2 penting.. terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  29. boleh cik laili hanta info ke email saya kerana saya jarang on google ni..
    arezizan86@yahoo.com
    kerjasama cik laili amat saya hargai.. :)

    ReplyDelete
  30. kat mana saya boleh buat rayuan tu? saya dah bukak sistem tapi xjumpa pun link utk rayuan? harini dah 2 september, kalau lambat nanti sekolah yg dipohon dah penuh. boleh saya dapatkan link kat mana?

    ReplyDelete
  31. as salam..bagaimana saya nak buka semula halaman pendaftaran yang telah saya isi bagi tujuan pencetakan?..ini kerana semasa saya membuat pendaftaran tempuh hari saya mengalami masaalah dgn mesen pencetak bagi tujuan pencetakan.. mohon bantuan daripada sesiapa yang mengetahui.. terima kasih..

    ReplyDelete
  32. Assalam saya dah terlewat daftar...boleh buat offline ke..anak lahir tahun 2009

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. anak puan akan melangkah masuk ke tahun 1 pada tahun 2016, kan?

      jangan risau. puan boleh mendaftar secara online pada tahun depan semasa pendaftaran online dibuka (biasanya pada awal bulan Mac hingga akhir bulan April)

      Delete
  33. Salam....
    Cik lili, nk tanya... sy ada buat pendaftaran online bru2 ni, anak sy lahir pd thun 2009. Masa buat pilihan sekolah, sy buat pilihan A, tp seminggu lps tu sy sbnr nya perlu tukar ke sekolah B, atas sebab2 tertentu... mcm mne lah cara sy nk tukar permohonan itu pd sekolah B ye... tq cik lili...

    ReplyDelete
  34. salam..cik nak tanye..kat bahagian rayuan sekolah sekiranya ade tulis Sekolah Rayu.,pas tu kat Keputusan Rayuan ,Sekolah Ditempatkan..jadinya..dpt bersekolah disitu ye...terima kasih cik lili

    ReplyDelete
  35. Salam,
    Saya telah membuat rayuan untuk anak kemasukan Tahun 1 pada 2015 di atas sebab sekolah yang ditempatkan terlalu jauh. Saya telah membuat rayuan melalui online tetapi tidak membuat pengesahan rayuan di sekolah yang ditempatkan (missed out). Bagaimana ?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  36. Salam,
    "Rayuan Tidak Berjaya" apa lagi usaha yg sy boleh buat..sebab sekolah yg ditempatkan tu jauh sangat.tq

    ReplyDelete
  37. Salam,
    Soalan yang sama as per Azhari Mohamed, rayuan gagal. Sekolah yang ditempatkan juga terlalu jauh.

    ReplyDelete
  38. Salam..sy pon ada masalah mgenai rayuan gagal..boleh ke klu minta bantuan guru besar @ pergi je ke kementerian

    ReplyDelete
  39. Hello Cik Laili,

    Salam, bilakah pendaftran ONLINE-bermula untuk kanak-kanak tahun lahir 2010?
    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  40. Assalammualakum...klau pertukaran last minit mcmna??..utk darjah 1 2015 dri penang ke gombak..tq

    ReplyDelete
  41. Asslm..ciklaili,ank sy lahir thn 2009 dan sy masih blum daftar ank sy utk thn 1 2016.sy madih boleh daftar online ataupun x?boleh bgtau caranya?terima ksh

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum Cik laili,
    Terima kasih bnyk2 dengan panduan ni...semoga dpt membantu ramai lg ibubapa yg lain..

    ReplyDelete
  43. untuk anak yang lahir tahun 2010 suda bole daftar ke? utk wilayah persekutuan kuala lumpur tak de daftar online ke?

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum Cik Laili.
    ank saya lahir 02.01.2009...ank saya akan bersekolah tahun 2015@2016?

    ReplyDelete
  45. Ni nak tanya sya dh wat pendaftaran melalui online sya mohon kat sk pandan indah tpi skrng ni sya nak tukar anak ke skolh anak slm Seri bintang mcmana nak mohon skolh yg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...saya pun ingin kemukakan soalan yang sama. Saya telah membuat pendaftaran online di sekolah Keb Pandan Indah dan ingin menukar ke Sri Bintang Utara (wilayah). Bagaimana urusannya? Terima kasih.

      Delete
    2. salam puan aslin.. bole bgtau sy prosesnye mcm mn ya?

      Delete
  46. Salam..saya nak tanya..hari tu sy sudah daftar..klu kita nk tukar alamat kena pergi terus ke sekolah tu ke mcm mne ye?sbb sy try juga buka web tu nk tukar alamat balik..tp dah xboleh..hope dpt bantu
    tq

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum...saya nak tanya awak ada tak contact fontdesk eppsel ni..saya ada masalah nak daftarkan anak ke tahun 1..puas saya cari cara nak hubungi dorang ni..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...sy pn dh cari x dpt... Blh x sape2 tlg? Tq

      Delete
  48. Salam..saya nak tanya..hari tu sy sudah daftar..klu kita nk tukar alamat kena pergi terus ke sekolah tu ke mcm mne ye?sbb sy try juga buka web tu nk tukar alamat balik..tp dah xboleh..hope dpt bantu
    tq


    ReplyDelete
  49. assalam... saya nak tanya jika saya dah daftar anak saya untuk sekolah SK... bagaimana pula dengan sekolah rendah agamanya> di mana nak daftar? anak saya sesi 2017 darjah 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pendaftaran sekolah rendah agama anda boleh datang ke sekolah di mana anak anda ingin didaftarkan. Sila bawa sekali dokumen yg berkaitan.

      Delete
  50. salam, nak taya kalau anak sy lahir 7/1/2011, mcmane nak daftar sekolah awal ye? sb dlm online cuma bukak tahun 2009 & 2010 shj.

    sy ada baca psl kemasukan awal kanak2 bawah umur ke tahun 1 -layak kalau anak lahir dari 1 Jan - 15 Jan. sy nak cuba utk anak sy yg lahir 7 Jan..

    ReplyDelete
  51. Salam, anak sy lahir tahun 2010.. Sy nk tanya, jika sy dah daftar online dan buat pengesahan di sek. yg dipohon & pd tahun 2016 sy buat pengemaskinian, perlu ke sy buat pengesahan lagi sekali di sek. yg dipohon?

    Soalan ke-2, sy nak tanya pra sek di sek. rendah sebenarnya dari umur brp tahun? 5 @ 6 tahun?

    ReplyDelete
  52. As salam cik laili...sy nak tanye sy dah daftar on9 n dah pergi ke sek. Yg sy pilih tu dah cop blkang surat beranak anak saya..tapi kalau sy nak tukarkan ke sek. Yg lebih dekat dgn rumah rasa2nye boleh ke x ye sis??and mcmana proses nye??trm kasih sis..hope sis dpt bantu...😊

    ReplyDelete
  53. Salam...kalau daftar selepas tarikh tutup tak boleh ke...anak sy sesi tahun 1 2017...tp lum daftar lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kemasukan tahun 1 2017, masih boleh daftar lagi... Saya baru je selesai daftar.. Cubalah (kalau guna UniFi atau Maxis Fibre, mmg takde hal...)

      Delete
  54. Salam..sy masih belum daftar ank sy untuk thn1 2016 Mcm mane ye masih boleh daftar lg ke?? Ni petame kali sy skolah kn ank smpai Terlepas pandang hal2 yg pnting macamni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak kene hubungi KPM atau JPN cepat-cepat rasanya. Kawan saya pula register tapi lupa buat pengesahan. Mujur sekolah contact.

      Ruqayya wrote... Cara Mohon Sekolah Rendah Agama Integrasi

      Delete
  55. Nak tanya boleh lg ker nk daftar utk tahun 1 2016
    Sbb dh daftar dkt kelantan tp sekarang nk pindah ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendaftaran dah ditutup buat masa ini jd boleh berhubung terus dgn pihak sekolah @ ppd yg berkaitan.

      Delete
    2. Pendaftaran dah ditutup buat masa ini jd boleh berhubung terus dgn pihak sekolah @ ppd yg berkaitan.

      Delete
  56. Salam, Saya dah dapat surat pengesahan dari sekolah di Sepang dan dahpun berjumpa pihak sekolah untuk confirmkan evrythings . tapi suami saya telah dinaikkan pangkat dah dipindahkan ke kawasan Subang Jaya. Pohon bantuan nasihat apa perlu saya buat... bagaiamana saya nak tukar sekolah anak dari Sepang ke Subang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kpd anak & suami puan.

      Saya cadangkan agar puan/suami berhubung terus dengan pihak sekolah yg berkenaan atau datang ke pejabat pendidikan daerah bg urusan perpindahan permohonan dari Sepang ke Subang.

      Moga dipermudahkan segala urusan puan sekeluarga.

      Delete
  57. As salam... Cik laili, sy dah buat semakan ONLINE.. dlm sistem anak sy ditempatkan di sekolah yg dipohon, tetapi sy masih belum menerima apa2 surat dr sek/JPN yg menyatakan penempatan tersebut, apakah yg sepatutnya sy lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..

      Tahniah kerana anak anda telah berjaya ditempatkan ke sekolah yg dipohon. Saya cadangkan agar anda dtg ke sekolah tersebut utk mengesahkan petempatan.

      * Jgn lupa bawa sekali dokumen yg berkaitan spt cetakan dokumen permohonan, sijil kelahiran anak dll (dokumen yg difikirkan perlu dibawa bersama)

      Delete
    2. Subhanallah.. Alhamdulillah, terima kasih cik laili krn byk menjawab kemusykilan kami semua..u have such a big heart.

      Delete
    3. sama-sama kasih. moga Allah permudahkan segala urusan anda sekeluarga. amin...

      Delete
  58. assalam..cik laili bagaimana klu kita dpt surat tahniah dr sekolah di pohon dan dalam system online di tempatkan d sekolah lain utk kemasukan tahun 1 2016..sy ingin membuat rayuan di sekolah yg dipohon bagaimana yer..sy perlu ke sekolah @ buat secara online sahaja..

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum..saya berhajat untuk tukar sekolah anak dari daerah Sepang ke Kuala Langat...tapi sekolah and pej pendidikan daerah update process yang x sama..

    ReplyDelete
  60. Salam..sy nk wat rayuan tp website still xleh bukak lg..kena call ppd ke?? Harap cik laili leh tlg

    ReplyDelete
  61. Anak sy ingin membuat pertukaran pendaftaran tahun 1 sesi 2016, di sek keb sijangkang masih diterima atau mcm mn, mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  62. salam...kalo tarikh pengesahan 1-30 ogos.. tapi xbuat..mcm mana ye??

    ReplyDelete
  63. salam..kalo lupe buat pengesahan..mcm.mana ye...

    ReplyDelete
  64. Salam....saya ada pertanyaan. Anak saya lahir pada tahun 2007. Dan saya tidak pernah hantar kesekolah diatas sebab2 tertentu. Bagaimana procedur untuk saya daftarkan dia ke sekolah. Harap Cik Laili dapat membantu.

    ReplyDelete
  65. assalamualaikum puan....
    sy nak btanya ttg pdftaran bg anak yg lahir pd tahun 2010, adakah perlu didaftarkan pada mac tahun 2016??? krn sudah byak kali sy cuba daftar on9 tp xdpt....mohon pencerahan...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Setiap tahun permohonan akan dibuka pada 1 Mac - 30 April. Tuan boleh mendaftar dlm tempoh itu sahaja.

      Delete
  66. Salam..says terlewat daftar online and msh blom BT perakuan disekolah...mcmne ea..??heap dpt Bantu..

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum. Saya pun terlambat ni. Saya dah email contact moe yg diberi tapi masih menunggu reply. Ada sesiapa boleh bantu? Anak lahir tahun 2010, nak sekolah di Selangor sama dengan abang kakaknya. Tq

    ReplyDelete
  68. maafkan saya,tarikh pemohonan sekolah rendah dengan sekolah agama sama ke?adakah pemohonan sekolah agama kena online juga?
    harap dapat membantu.

    ReplyDelete
  69. Macamana kalau kehilangan buku imunisasi?

    ReplyDelete
  70. NURUL NASIBAH KJTuesday, June 06, 2017

    Salam cik laili. Anak lahir 2011. Tahun 1 pd 2018.
    Sy tlh buat pdaftaran online pd MAC-APRIL 2017 yg lalu.
    Bagaimanapun sy br prasan rupanya sy tdak mhantar perakuan pmohonan & status permohonan adlh pengemaskinian.
    Skrg sy br shj kmskini & hntr pmohonn online btrikh 6 JUN 2017.
    Bmkna sy tlh tlmbt utk hntr borg n dokumen ke skolah dlm masa 14hr dr trkh ttup pmohonan kn. Apa yg perlu sy lakukan?

    ReplyDelete