31 March 2014

Blog Tidak Ada Entri Bila Tuan Blog Pergi Bercuti


Syukur alhamdulillah...cuti pertengahan penggal 1 telahpun berakhir. Jika anda perasan, blog ciklaili.com sudah hampir seminggu tidak ber'update'. Inilah namanya "Blog Tidak Ada Entri Bila Tuan Blog Pergi Bercuti". 


Seperti biasa bila tiba cuti sekolah, saya dan suami akan membawa anak-anak pergi bercuti. Percutian kami selama 6 hari 5 malam agak menarik kerana kami berpeluang membawa Amir dan Amar merasai pengalaman menaiki kapal terbang dan feri. Destinasi kami kali ini ialah Labuan dan Sabah (Kota Kinabalu dan Kundasang).

Ada banyak yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Antaranya, tempat-tempat menarik sekitar Labuan dan Sabah yang kami kunjungi dan beberapa tips berguna yang patut anda lakukan jika membawa anak kecil menaiki kapal terbang dan feri. Semua itu akan saya kongsikan dalam entri yang akan datang.

Buat adik-adik pelajar dan rakan-rakan guru seluruh Malaysia, saya ingin mengucapkan : 

"Selamat kembali ke sekolah..."


15 comments:

  1. Replies
    1. tiap kali bercuti, inilah masa untuk bersama suami & anak-anak

      Delete
  2. Seronok bercuti apatah lagi dapat naik flight. Akak doakan semoga cepat sembuh batuknya

    ReplyDelete
  3. Awat tak bawak laptop pegi bercuti sekali.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sengaja tidak bawa laptop. nak nikmati cuti sepuasnya..

      Delete
  4. bercuti sabil update blog pun bole....blogging tidak kira dimana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tapi saya dah buat pilihan untuk utamakan cuti bersama keluarga. blog boleh di'update' bila2 masa lepas balik bercuti :)

      Delete
  5. Saya pernah pergi Labuan dengan ibu bapa, tanpa adik beradik lain.

    ReplyDelete
  6. Kalau bagi yang guna Word Press boleh pasang Word Press versi mobile pada Smartphone dan Tablet untuk menulis live blogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya boleh aje nak update blog guna aplikasi bloggeroid tapi saya nak nikmati cuti dengan sebaiknya. tuan blog bercuti jadi blog pun turut bercuti juga..

      Delete
  7. Cuti sekolah yg lepas, ramai blogger yg offline termasuk kawe. Nasib baik cepat recover lepas cuti. Biasanya ada hangover dan susah nak start menulis balik.. but not this time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga mood berblog semakin stabil setelah puas bercuti panjang :)

      Delete
  8. Saat bercuti bener-bener total bercuti tiada update blog

    ReplyDelete