Resepi Kek Marble

Selain menggemari carrot cake, saya sekeluarga amat gemarkan kek marble. Cara untuk membuat kek ini amat mudah dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek ini juga senang untuk didapati. Di sini saya kongsikan resepi kek marble yang telah diubah suai mengikut citarasa kami sekeluarga. Kek ini boleh dihidangkan semasa minum petang, juga untuk majlis-majlis istimewa.


Resepi Kek Marble
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
250g butter atau marjerin
150g gula
250g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
½ cawan susu pekat manis
1 sudu serbuk koko

Cara-cara membuat kek marble : 
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Tuang esen vanilla dan susu - pukul sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko ke dalam 1 bahagian adunan.
6. Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli (ikut kreativiti anda).
7. Bakar di dalam oven selama 45-50 minit dengan suhu 170 darjah.

Selamat mencuba.


Menu minum petang ciklaili.com dan keluarga

Jangan lupa untuk mencuba Resepi Chocolate Lava Cake pula.




Post a Comment

14 Comments

  1. Wah sedapnya kek marble ni ciklaili. Nak cuba buat ikut resepi yang akak bagi ni. Harap-harap manjadi. Terima kasih akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je buat kek ni. selamat mencuba ye :)

      Delete
  2. Saya pernah buat kek marble ni,tapi tak sama degan resepi CL. Nak cuba juga kek Marble macam CL bagi. Mesti lagi sedap. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi ni dah diubahsuai mengikut selera kami..

      Delete
  3. Pernah juga buat kek ni... tapi last minute tambah pewarna lain..terus tukar jadi kek pelangi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga guna resepi ni untuk buat kek pelangi:)

      Delete
  4. sedap kek ni,CM selalu makan time bebudak sek rendah dulu,la ni dah jadik mak budak,jarang pulak makannya..anak-anak lebih suka choc cake n orange cake..rajin ciklaili buat kek ya..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam ni lah aktiviti saya di hari minggu :)
      buat sesuatu yang menggembirakan suami & anak2

      Delete
  5. kek ini makan masa musim raya je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa raya macam2 biskut & kek boleh dimakan. saja buat kek ni untuk makan2 dengan keluarga

      Delete
  6. Wouw,,,sedapnya, makan kek memang selalu berasa nimat.

    ReplyDelete
  7. Boleh tak kalau saya tukar susu pekat dengan susu segar full cream?

    ReplyDelete
  8. blh tlg bg sukatan cawan??

    ReplyDelete