12 February 2014

Permohonan Online Kemasukan Ke IPTA Sesi 2014/2015


Makluman buat pelajar lepasan SPM, STPM, STAM, Diploma / setaraf, Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM, permohonan ke IPTA bagi sesi akademik 2014/ 2015 telahpun dibuka mulai 20 Januari 2014 hingga 7 April 2014. Calon Lepasan Matrikulasi/Asasi dikehendaki mengemukakan permohonan Aplikasi Dalam Talian mulai :

a. Fasa I akan dibuka mulai 20 Januari hingga 7 April 2014
b. Fasa II akan dibuka mulai 3 hingga 9 Jun 2014 dan tertakluk kepada pindaan

* Anda boleh membuat Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA : i-MAS-C-U terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
 
Click link atau gambar berikut untuk terus ke laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, KPM :


http://www.ciklaili.com/2014/01/semakan-keputusan-stam-2013.html

Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP/MyKad sahaja. Calon yang mempunyai kelayakan minimum dan kriteria yang ditetapkan perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli melalui pembelian secara individu di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau ATM atau SMS atau Online Banking untuk mengemukakan permohonan.

Permohonan bagi lepasan SPM / Setaraf

click gambar untuk paparan lebih besar

Pautan berikut mungkin membantu anda semasa membuat permohonan :

2. Manual Pengguna Permohonan ke IPTA  Lepasan SPM / Setaraf 

Permohonan bagi lepasan STPM

click gambar untuk paparan lebih besar

Pautan berikut mungkin membantu anda semasa membuat permohonan :

1. Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM / Setaraf 
2. Manual Pengguna Permohonan ke IPTA  Lepasan STPM / Setaraf

 Permohonan bagi lepasan STAM 2012 & 2013

 click gambar untuk paparan lebih besar

Pautan berikut mungkin membantu anda semasa membuat permohonan :



19 comments:

  1. dah isi untuk adek...harap dapatlah yang sesuai untuk dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan permohonannya berjaya. Amin..

      Delete
  2. harap2 semua akan berjaya melanjutkan pelajarn ke IPTA

    ReplyDelete
  3. kenapa ye imascu tidak dapat dibuka? ada tak kaedah lain untuk semak syarat kelayakan bagi stpm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. IMASCU mula beroperasi semula pada 20 Mac 2014 (sebelah petang). buat masa ini link IMASCU hanya menyediakan semakan bagi kelayakan SPM.

      Delete
  4. kenapa IMASCU masih belum dapat dibuka untuk semakan kelayakan IPTA bagi SPM.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk makluman, link IMASCU hanya untuk semakan kelayakan ke UiTM bagi lepasan SPM sahaja. anda boleh rujuk entri di bawah bagi semakan syarat khas program pengajian IPTA bagi lepasan SPM & STPM :

      http://www.ciklaili.com/2014/03/semakan-syarat-khas-program-pengajian.html

      Delete
  5. salam. mcm mane ye klau sy xprint slip upu tu? btul ke permohonan sy xmasuk dlm sistem? tp sy dh trima emel dri upu.

    ReplyDelete
  6. dear,, fasa kedua jun tu , kena beli no pin baru ye?? utk spm kan?

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum. nak tanya, yang fasa 2 tu, permohonan rayuan or boleh buat permohonan baru eh? sebabnya saya terlepas nak apply permohonan fasa 1 tu. mohon pencerahan, terima kasih :)

    ReplyDelete
  8. salam...
    utk permohonan fasa 2 lepasan matrikulasi tahun ini, perlu beli nomboe unik id sekali lg ke?

    ReplyDelete
  9. uitm second intake 2014/2015 bile permohonan buka ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu sy pkai result spm 2012 utk mohon bole x?

      Delete
  10. bilakah tarikh sebenar fasa ketiga untuk membeli pin numb upu????

    ReplyDelete
  11. Saya pelajar aliran sains dan memperoleh keputusan yg tdak sberapa baik iaitu 4a (bm bi math sej), 2b(addmth agama islam), 2c(biology physics) dan 1d(chemistry). Apakah yg saya layak?

    ReplyDelete
  12. Thanks a lot cik laili. sgt2 membantu saya isi upu dgn link2 yg disediakn. May Allah bless u n ur family :)

    ReplyDelete
  13. Assalam. cikgu laili, bagaimana pula kalau saya terlepas tarikh memohon upu tp saya masih mahu memohon kemasukan ke IPTA? terima kasih :)

    ReplyDelete