Permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014 Bagi Guru Gred DG41 Lantikan 2009-2011 dan DG44 Lantikan 2011-2012


Berdasarkan Surat dari Bahagian Pendidikan Guru KPM bertarikh 15 Januari 2014 menyatakan bahawa setiap guru gred DG41 lantikan tahun 2009, 2010 dan 2011 dan guru gred DG44 lantikan tahun 2011 dan 2012 wajib menghadiri kursus secara sepenuh masa dalam jangkamasa 30 jam (secara pakej) bermula pada bulan Mac hingga Oktober 2014. Kursus ini hanya diadakan sekali sahaja dalam gred berkenaan.

Untuk makluman, guru yang telah mengikuti Kursus CPD/ PPB tahun 2013 tidak perlu memohon pada tahun ini. Berikut adalah jadual kumpulan sasaran bagi Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014.

Click gambar untuk paparan lebih jelas


Guru-guru dikehendaki memohon kursus yang ditawarkan secara online dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti jadual di atas. Selain itu, proses mengemaskini maklumat permohonan hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja. Jadi anda harus berhati-hati semasa membuat permohonan bagi kursus yang ditawarkan. Sila click link berikut :


Tatacara Permohonan 

1. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 - 28 Februari 2014.
2. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 1 - 8 Mac 2014 melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan mencetaknya sebagai rekod.
3. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
4. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui SMS dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
5. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.
6.  Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.

Di sini saya kongsikan cara dan pengalaman saya membuat permohonan kursus PPB 2014 :


2. Taipkan No. K/P dan click butang Hantar

http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgonline/login.cfm

3. Maklumat pemohon akan dipaparkan seperti gambar di bawah. Pemohon boleh mengemaskini maklumat yang berkaitan dan pastikan maklumat itu betul.


4. Clik butang Hantar dan Maklumat Kursus akan dipaparkan. Kemudian, setelah menyemak dan berpuas hati dengan maklumat yang dipaparkan, clik butang Simpan.

Contoh kursus yang dipohon

Jika tiada kursus yang ditawarkan untuk anda (seperti gambar di bawah), anda tidak perlu bimbang kerana kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan kekosongan dan masa yang sesuai. Anda boleh merujuk kepada pihak PPD atau JPN untuk maklumat lanjut.


5. Cetak maklumat yang telah disimpan dengan cara click butang Cetak untuk rekod anda.

Inilah paparan yang anda akan lihat setelah permohonan selesai 


Post a Comment

37 Comments

  1. Salam..tumpang tanya..boleh tak saya nk mohon kursus ni di negeri lain?..skarang saya mengajar di sarawak tapi saya nk mohon ambil kursus ni di terengganu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. yang saya tahu guru-guru hanya boleh memilih tarikh bagi permohonan kursus ini. tentang tempat kursus akan dimaklumkan kemudian.

      Delete
    2. assalam..tumpang tanya..blh x buka semula daftar kursus ini sbb sya dh tercicir..tolong email kepada norlahsl77@gmail.com

      Delete
    3. Good afernoon, saya pun yang tercicir :( Bolehkah tumpang tanya, bagaimana untuk daftar kursus ini. Difahamkan bahawa website sudah tutup dan tidak boleh daftar lagi. Tarikh lantikan saya ialah 2010. Thank you.
      soowendy@gmail.com

      Delete
  2. Assalamualaikum... sy DG41... tarikh lantikan saya 01.08.2008... perlukah saya menghadiri kursus ini?? adakah kursus ini merupakan syarat untuk kenaikan pangkat ke DG44?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kursus ini hanya untuk lantikan 2009 - 2012 sahaja..

      Delete
  3. Tempoh 30 jam ...Brp hari kursus ni

    ReplyDelete
  4. Assalam..sy telah terlepas memohon kursus ini secara online kerana cuti bersalin,adakah saya masih boleh memohon dan bagaimana caranya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ini pendaftaran telahpun ditutup.

      Delete
  5. Mohon keprihatinan pihak bpg membuka semula online untuk membolehkan guru2 yg keciciran menghadiri kursus tahun 2014 ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya harap pun begitu. amin...

      Delete
    2. saya pun tercicir 2014.
      2015 bila pula tarikh on linenya

      Delete
  6. Mohon keprihatinan pihak bpg membuka semula pendaftaran online dan memaklumkan kepada pihak sekolah untuk membolehkan guru2 yg keciciran mendaftar bagi menghadiri kursus ini bagi tahun 2014.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ada kakitangan BPG yg membaca entri ini, mohon untuk dipanjangkan ke pihak atasan. terima kasih...

      Delete
  7. Mohon pihak bpg membuka semula pendaftaran kerana ramai yg keciciran utk mendaftar termasuklah saya. Mohon sangat-sangat. Terima kadih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dengar juga ramai guru yang belum sempat mendaftar untuk kursus ini. mohon pihak BPG akan membuka semula pendaftaran bagi guru-guru yang tercicir.

      Delete
  8. Saya sudah mengisi pendaftaran online utk kursus ini bulan februari yg lps.tp sy cl bpg utk semak name.dia kte name sy tiada dlm sistem utk kursus ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh! begitu ke? setahu saya jika telah mendaftar, guru hanya perlu tunggu sehingga dipanggil untuk berkursus.

      Delete
  9. Mohon keprihatinan pihak bpg membuka semula pendaftaran online dan memaklumkan kepada pihak sekolah untuk membolehkan guru2 yg keciciran mendaftar bagi menghadiri kursus ini bagi tahun 2014.



    ReplyDelete
  10. Assamualaikum. Apakah laman yang harus cari untuk tahu jika permohonan dibuka kembali kerana saya juga terlepas pandang dan tercicir.

    ReplyDelete
  11. Mohon pihak bpg dapat membuka semula pendaftaran kompetensi umum ini kerana ramai yg keciciran utk mendaftar termasuklah saya. Mohon sangat-sangat. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga igin memohon pihak bpg dapat membuka semula pendaftaran kompetensi umum ini kerana saya juga keciciran utk mendaftar. Mohon sangat-sangat. Terima kasih

      Delete
  12. Mohon BPG membuka semula pemohonan kursus kompetensi kerana saya tidak memdapat maklumat lengkap dan rasmi tentang kursus ini dari pihak pentadbir sekolah.

    ReplyDelete
  13. saya tercicir juga..kawan2 saya yang lain dapat surat panggilan pada tahun lepas dan mereka tidak isi borang seperti di atas..sejak bila pula perlu memohon. nasib baik jumpa web ciklaili ini..

    ReplyDelete
  14. Sy juga tercicir dan rakan sy ada lg yg blum memohon mungkin kerana tlepas pandang ttg kursus ini. Jd, bagaimana sy ingin memohon kerana setahu sy dh tarikh tutup. Adakah tahun dpn boleh mohon lg...tolong email kpd sy.. syuhada3480@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. saya ex pppld. saya dilantik dg 41 pada okt 2010. saya terlepas permohonan dg 44 pada tahun ini (2014). bilakah permohonan dg 44 dibuka semula. adakah kursus ini perli dimohon dahulu sebelum tawaran dg44. Jutaan terimakasih pada yg sudi memberi penjelasan kepada saya,

    ReplyDelete
  16. Sy juga tercicir... Lantikan 2.10.2010.... Bila pendaftaran kursus kompentensi umum ini dibuka semula?

    ReplyDelete
  17. untuk permohonan kursus ini bagi tahun 2015 bila ya akan dibuka? sebab saya tekan pada link yang diberi tak boleh buka..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk permohonan kursus ini bagi tahun 2015 bila ya akan dibuka? sebab saya tekan pada link yang diberi tak boleh buka..terima kasih

      Delete
  18. Sepatutnya pihak sekolah main peranan utk maklumkan kpd guru berkenaan...ramai yg tercicir ..sy pun mcm tu juga..

    ReplyDelete
  19. Assalam.....bila permohonan khusus ni akn dibuka untuk thn 2015....saya juga tercicir...adakahsurat makluman akan di hantar kepada pihak sekoloh...??

    ReplyDelete
  20. As salam.Adakah guru gred DG42 lantikan 2014 perlu memohon kursus ini?

    ReplyDelete
  21. Sy dg44 pun tak sempat daftar jugak. Website pun dah tutup.....hmmmm...

    ReplyDelete
  22. Aslm..sy guru dg41 lntikan 2010..okt 2013 sy de dpt surat utk pergi kursus ni,tp mase tu saya sarat tggu hari nk bersalin..so sy xpergi la dgn keizinan peg Jpn mase tu..so sehingga skrang sy xjoin lg kursus tu..mcm mn yer

    ReplyDelete
  23. macam mana kita hendak tahu tentang kursus ini diadakan sebab sebelum ini saya mengajar di sarawak dan kebetulan saya dapat pindak masuk selangor pada masa yang sama saya dapat tawaran untuk pergi kursus cpd tetapi tidak dapat hadir...jika sesiapa ada maklumat tentang cpd untuk tahun 2016 sila email kepada saya mohdsyafiq.saleh@gmail.com...tq

    ReplyDelete
  24. ada sesiapa tahu untuk kursus cpd 2016 sbb saya pun tercicir...jika ada maklumat sila emailkan ke mohdsyafiq.saleh@gmail.com

    ReplyDelete