07 February 2014

Permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014 Bagi Guru Gred DG41 Lantikan 2009-2011 dan DG44 Lantikan 2011-2012


Berdasarkan Surat dari Bahagian Pendidikan Guru KPM bertarikh 15 Januari 2014 menyatakan bahawa setiap guru gred DG41 lantikan tahun 2009, 2010 dan 2011 dan guru gred DG44 lantikan tahun 2011 dan 2012 wajib menghadiri kursus secara sepenuh masa dalam jangkamasa 30 jam (secara pakej) bermula pada bulan Mac hingga Oktober 2014. Kursus ini hanya diadakan sekali sahaja dalam gred berkenaan.

Untuk makluman, guru yang telah mengikuti Kursus CPD/ PPB tahun 2013 tidak perlu memohon pada tahun ini. Berikut adalah jadual kumpulan sasaran bagi Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014.

Click gambar untuk paparan lebih jelas


Guru-guru dikehendaki memohon kursus yang ditawarkan secara online dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti jadual di atas. Selain itu, proses mengemaskini maklumat permohonan hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja. Jadi anda harus berhati-hati semasa membuat permohonan bagi kursus yang ditawarkan. Sila click link berikut :


Tatacara Permohonan 

1. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 - 28 Februari 2014.
2. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 1 - 8 Mac 2014 melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan mencetaknya sebagai rekod.
3. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
4. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui SMS dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
5. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.
6.  Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.

Di sini saya kongsikan cara dan pengalaman saya membuat permohonan kursus PPB 2014 :


2. Taipkan No. K/P dan click butang Hantar

http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgonline/login.cfm

3. Maklumat pemohon akan dipaparkan seperti gambar di bawah. Pemohon boleh mengemaskini maklumat yang berkaitan dan pastikan maklumat itu betul.


4. Clik butang Hantar dan Maklumat Kursus akan dipaparkan. Kemudian, setelah menyemak dan berpuas hati dengan maklumat yang dipaparkan, clik butang Simpan.

Contoh kursus yang dipohon

Jika tiada kursus yang ditawarkan untuk anda (seperti gambar di bawah), anda tidak perlu bimbang kerana kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan kekosongan dan masa yang sesuai. Anda boleh merujuk kepada pihak PPD atau JPN untuk maklumat lanjut.


5. Cetak maklumat yang telah disimpan dengan cara click butang Cetak untuk rekod anda.

Inilah paparan yang anda akan lihat setelah permohonan selesai 


22 comments:

  1. Salam..tumpang tanya..boleh tak saya nk mohon kursus ni di negeri lain?..skarang saya mengajar di sarawak tapi saya nk mohon ambil kursus ni di terengganu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. yang saya tahu guru-guru hanya boleh memilih tarikh bagi permohonan kursus ini. tentang tempat kursus akan dimaklumkan kemudian.

      Delete
    2. assalam..tumpang tanya..blh x buka semula daftar kursus ini sbb sya dh tercicir..tolong email kepada norlahsl77@gmail.com

      Delete
    3. Good afernoon, saya pun yang tercicir :( Bolehkah tumpang tanya, bagaimana untuk daftar kursus ini. Difahamkan bahawa website sudah tutup dan tidak boleh daftar lagi. Tarikh lantikan saya ialah 2010. Thank you.
      soowendy@gmail.com

      Delete
  2. Assalamualaikum... sy DG41... tarikh lantikan saya 01.08.2008... perlukah saya menghadiri kursus ini?? adakah kursus ini merupakan syarat untuk kenaikan pangkat ke DG44?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kursus ini hanya untuk lantikan 2009 - 2012 sahaja..

      Delete
  3. Tempoh 30 jam ...Brp hari kursus ni

    ReplyDelete
  4. Assalam..sy telah terlepas memohon kursus ini secara online kerana cuti bersalin,adakah saya masih boleh memohon dan bagaimana caranya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ini pendaftaran telahpun ditutup.

      Delete
  5. Mohon keprihatinan pihak bpg membuka semula online untuk membolehkan guru2 yg keciciran menghadiri kursus tahun 2014 ini

    ReplyDelete
  6. Mohon keprihatinan pihak bpg membuka semula pendaftaran online dan memaklumkan kepada pihak sekolah untuk membolehkan guru2 yg keciciran mendaftar bagi menghadiri kursus ini bagi tahun 2014.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ada kakitangan BPG yg membaca entri ini, mohon untuk dipanjangkan ke pihak atasan. terima kasih...

      Delete
  7. Mohon pihak bpg membuka semula pendaftaran kerana ramai yg keciciran utk mendaftar termasuklah saya. Mohon sangat-sangat. Terima kadih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dengar juga ramai guru yang belum sempat mendaftar untuk kursus ini. mohon pihak BPG akan membuka semula pendaftaran bagi guru-guru yang tercicir.

      Delete
  8. Saya sudah mengisi pendaftaran online utk kursus ini bulan februari yg lps.tp sy cl bpg utk semak name.dia kte name sy tiada dlm sistem utk kursus ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh! begitu ke? setahu saya jika telah mendaftar, guru hanya perlu tunggu sehingga dipanggil untuk berkursus.

      Delete
  9. Mohon keprihatinan pihak bpg membuka semula pendaftaran online dan memaklumkan kepada pihak sekolah untuk membolehkan guru2 yg keciciran mendaftar bagi menghadiri kursus ini bagi tahun 2014.



    ReplyDelete
  10. Assamualaikum. Apakah laman yang harus cari untuk tahu jika permohonan dibuka kembali kerana saya juga terlepas pandang dan tercicir.

    ReplyDelete
  11. Mohon pihak bpg dapat membuka semula pendaftaran kompetensi umum ini kerana ramai yg keciciran utk mendaftar termasuklah saya. Mohon sangat-sangat. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga igin memohon pihak bpg dapat membuka semula pendaftaran kompetensi umum ini kerana saya juga keciciran utk mendaftar. Mohon sangat-sangat. Terima kasih

      Delete