09 January 2014

Istimewa Bulan Januari


Cepatnya masa berlalu. Sedar tidak sedar bulan Januari sudah masuk hari ke-9. Bagi diri saya, bulan Januari cukup bermakna kerana ada beberapa peristiwa penting dalam bulan ini iaitu hari ulangtahun kelahiran saya pada 10 Januari dan pada tarikh 13 Januari pula merupakan hari ulangtahun kelahiran Amar (anak kedua) dan pada masa yang sama merupakan hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami. Tahun ini Amar bakal berusia 2 tahun manakala Amir (anak sulung) pula sudah berada di tahun dua.

Bersama 2 putera hati saya : Amir & Amar

Sejak kembali bertugas di awal tahun 2014, kehidupan seharian saya semakin sibuk. Oleh sebab itu blog ini dibiarkan begitu sahaja. Insya Allah bila ada kelapangan, saya akan update blog ini sekerap yang mungkin. 

Jutaan terima kasih diucapkan buat pembaca yang sudi berkunjung ke blog ciklaili.com. 
Saya sayang anda semua :)


21 comments:

  1. Selamat hari lahir. semoga cik laili sekeluarga diberkati Allah

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir akak. Semoga sentiasa di berkati Allah S.W.T

    ReplyDelete
  3. semacam ada persamaan antara anak-anak kita...

    Selamat ulang tahun kepada cik laili dan anak. semoga diberkati dan dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  4. selamat ulang tahun semoga di berkati..

    ha ah knor juga bz melanda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Nor. sama2lah kita busy ye..

      Delete
  5. senang kan ciklaili, celebrate semua serentak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan semuanya berlaku dalam bulan Januari. tak celebrate pun :)

      Delete
  6. Sanah Helwa Laili semoga Allah SWT merahmati selalu, alhamdulillah kek 2 biji sudah siap, he he lewat siap gara-gara sambil menonton pencetus ummah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Ain. terima juga sebab sudi terima tempahan kek dari saya. kek kak Ain memang sedap..

      Delete
  7. Awal tahun memang sibuk. Selamat bertugas. :-)

    ReplyDelete
  8. Selamat ulangtahun yea.... sweet je tengok gambar kawin yang diupdate kat facebook....

    ReplyDelete
  9. Semoga bisa menjadi anak yang sholeh.aamiin

    ReplyDelete