Skim Perkhidmatan Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Menggabungkan PPPLD dan PPPS Mulai 1 Januari 2014


Satu skim perkhidmatan baharu / bersepadu iaitu skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2014 yang menggabungkan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) merangkumi semua Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Tahun 2013 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Pekeliling ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan peningkatan kelayakan guru ke peringkat ijazah sarjana muda melalui Program Pensiswazahan Guru, kesinambungan perkhidmatan dan penambahbaikan laluan kemajuan kerjaya profesion keguruan.

Skim perkhidmatan bersepadu PPP melibatkan pindaan-pindaan kepada perbekalan skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD sedia ada seperti berikut :

(a) gred jawatan/gred gaji skim perkhidmatan ini ialah Gred DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54.

(b) pemansuhan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) bidang di peringkat ijazah dan diploma dalam syarat lantikan skim perkhidmatan sedia ada.

(c) penambahan syarat kelayakan masuk di peringkat ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD).

(d) peningkatan pegawai di Kumpulan Pelaksana Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 ke Kumpulan Pengurusan dan Profesional melalui kaedah kenaikan pangkat ke Gred DG42 tertakluk memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan.


KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Pegawai akan ditawarkan penetapan gaji permulaan di jawatan baharu seperti berikut :

(a) pada gaji minimum di gred jawatan baharu sekiranya gaji akhir di gred jawatan asal adalah sama atau lebih rendah daripada gaji minimum di gred jawatan baharu; atau

(b) pada amaun gaji yang sama dengan amaun gaji akhir di gred jawatan asal jika gaji akhir di gred jawatan asal lebih tinggi daripada gaji minimum di gred jawatan baharu; atau

(c) pada gaji permulaan kelayakan ijazah sarjana atau PhD bagi pegawai yang memiliki kelayakan berkenaan jika amaun gaji di gred jawatan asal adalah lebih rendah daripada gaji permulaan kelayakan ijazah sarjana atau PhD.


Berikut adalah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Tahun 2013 sebagai panduan dan rujukan semua Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.


Untuk download dan print Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Tahun 2013, sila click sini

Post a Comment

0 Comments