20 November 2013

Blogger Itu Suamiku

Mungkin ada di antara pembaca blog ini yang masih belum mengenali siapakah orang kuat di sebalik blog ciklaili.com ini. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan - sudah tentulah suami saya sendiri iaitu blogger lensapujangga.com dan juga anak-anak.

Beberapa hari lepas saya ada kongsikan gambar blog suami yang sudahpun berubah wajah - nak ambil mood baru katanya. Blog tersebut sudah lama tidak di'update'. Mungkin kerana suami menghadkan penulisan kepada entri-entri fotografi, maka sebab itulah "bila ada gambar baru ada entri". Jemput singgah ke blog beliau untuk melihat sendiri perubahan yang telah dilakukan.


http://www.lensapujangga.com/

Sebelum berkahwin lagi kami sudah punyai blog sendiri tetapi selepas berkahwin dan sibuk dengan kehidupan seharian, kami sepakat untuk berhenti menulis. Saya mula rasa rindu untuk kembali berblog tatkala anak sulung berusia 3 tahun. Atas keizinan suami, saya kembali menulis pada bulan Ogos 2009 dan suami juga mengikut jejak yang sama setahun selepas itu.

Walaupun kami sama-sama part time blogger, nampaknya rezeki berblog lebih berpihak kepada blog ini. Mungkin juga orang lebih mengenali blog ciklaili.com berbanding blog lensapujangga.com. Bila teringat entri yang ditulis oleh blogger hasrulhassan : Bila Blog Si Isteri Lebih Hebat Dari Blog Si Suami ...  membuatkan saya tersenyum sendiri. 

Bagi saya, suamilah orang yang setia bersama saya ketika susah mahupun senang. Kadangkala beliau jugalah yang akan menjadi wakil saya untuk hadir ke event yang tidak dapat saya hadiri. Siapapun lensapujangga.com pada pandangan mata anda, bagi saya dialah sahabat baik saya. Dan yang paling penting - Blogger Itu Suamiku.

  Inilah keluarga ciklaili.com dan lensapujangga.com

* Mungkinkah anak-anak kami juga akan menjadi seorang blogger suatu hari nanti?

40 comments:

  1. Baru Liza tau. I am one of his followers.hehe..

    ReplyDelete
  2. Wah..famili blogger tegar nampaknya ni.. nak jenguk blog lensapujangga la pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni ibu & ayahnya saja yang jadi blogger. anak-anak dah biasa juga dengan blog tapi tunggulah masa yang sesuai..

      Delete
  3. Tak apa... di mana lebih rezekinya pun. Kalau ada rezeki, bleh dikongsi se family =)

    ReplyDelete
  4. wah ! encik suami CN pon teringin gak nk ada blog bila tengok cantik jer blog wife dia, dalam proses membantu encik suami ..heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kalau suami isteri jadi blogger. masing2 faham dunia blogging :)

      Delete
  5. Replies
    1. kami punyai minat yang sama selain menulis - fotografi

      Delete
  6. Bestnye suami isteri sama-sama ada blog. Suami saya pula tak minat nak menulis di blog. Tapi dialah pembaca setia blog isterinya ini. :)

    ReplyDelete
  7. salam cik laili tahniah.. sekirana saya ingin buat exchangelink dengan blog saya... cik laili sudi tak.. di http://aiskosong.com saya menunggu jawapan dari cik laili yea...

    ReplyDelete
  8. Saling sokong menyokong, kalau isteri berjaya juga buat keluarga bukan?

    ReplyDelete
  9. dah jumpa famili kak laili..anak2 yg comel, baik2 n happy famili suka tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilalah dapat jumpa cik tom lagi. Amir asyik ingat kuih karipap yang cik tom bagi :)

      Delete
  10. hehehehe..kalau husband saya lagilah malu nak attend2 event sb bini diapun pemalu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kami akan pergi event untuk sposored post. masa event pelancaran KIA Cerato, suami yang jadi wakil. tak boleh malu2 lah sebab nak kena cover event tu :)

      Delete
  11. alhamdulilah..rezeki sekeluarga..moga bertambah rezeki cikgu lagi... amin...

    ReplyDelete
  12. Suka tengok keluarga ciklaili yang giat berblog dengan cara yang betul. Selamat berjaya buat anda berdua.

    ReplyDelete
  13. Bila suami pun blogger - dia akan lebih memahami dunia blogging

    ReplyDelete
  14. Oh, pernah dengar nama lensapunjangga ni tapi tak tahu pula isterinya pun seorang blogger terkenal. Untung suami isteri ada minat yang sama dan boleh saling bantu membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogger biasa je..
      alhamdulillah..kami punya minat yang sama - blog & fotografi

      Delete
  15. Saya juga ada blog khas untuk niche fotografi.

    ReplyDelete
  16. ni kira blogger mesir jugak ke camne nih? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami yang belajar di Mesir & saya pula belajar di Malaysia (UIA)

      Delete
  17. begitulah kelebihannya kalau suami isteri punya minat yang sama, suami CM, mmg tak minat menulis, hatta nak isi borang apapun, kitalah yang jadi tukang tulis..hehhe..tapi dia selalu jugak bagi cadangan nak tulis apa dalam blog..dan saya agak dia curik-curik baca blog saya..hahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu tandanya suami CM bagi sokongan yang kuat pada minat isteri :)

      Delete
  18. Keren,suami istri memiliki bidang dan minat yang sama.

    ReplyDelete