7 Hari Yang Hebat Bersama Buah Kiwi Zespri®


Hari ini genap 7 hari saya menyertai Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge dan sudah pastinya dalam tempoh seminggu ini merupakan saat yang hebat bagi saya sekeluarga. Selain memakan buah kiwi Zespri® sebagai snek dan pencuci mulut, saya juga telah menyediakan beberapa hidangan istimewa yang berasaskan buah kiwi. Antaranya : Zespri® Kiwifruit Smoothie, Puding Roti Kiwi dan Aiskrim Pelangi Cinta.


Dalam tempoh 7 hari ini juga saya sekeluarga telah merasai sedikit perbezaan dari segi kesihatan dalaman badan yang mana bahagian pencernaan kami terasa lebih sihat. Selain itu, pengambilan buah kiwi yang sememangnya kaya dengan vitamin C ini juga mampu meningkatkan sistem imun, memperbaiki kerosakan sel dan masalah jantung kami.


Di antara 2 jenis buah kiwi yang dibekalkan kepada saya sepanjang tempoh cabaran ini diadakan, anak-anak dan suami lebih suka memakan Zespri® SunGold kerana rasanya lebih manis dan menyegarkan. Bagi saya pula, saya amat menyukai kedua-dua jenis buah kiwi ini walaupun terdapat perbezaan dari segi rasa dan rupa.


Sila click gambar di bawah untuk melihat video anak-anak saya (Amir dan Amar) yang menunjukkan bagaimana mereka menikmati buah kiwi dengan cara dan gaya mereka sendiri.


Nantikan entri saya yang berikutnya dengan lebih banyak gambar, resepi dan video yang sudah tentu menarik minat anda untuk menikmati buah kiwi dari Zespri® ini. Sila lawati laman web Zespri® untuk maklumat lanjut - http://www.zespri.com.my/

Ikuti perkembangan ciklaili.com dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge :

Cabaran  Misi Terlaksana
Hari Pertama  Zespri® Kiwifruit : Green & SunGold  
Hari Ke-2   Zespri® Kiwifruit Smoothie
Hari Ke-3  [Video] Amir & Amar Suka Makan Buah Kiwi Zespri® 
Hari Ke-4  Resepi Puding Roti Kiwi
Hari Ke-5  Aiskrim Pelangi Cinta
Hari Ke-6  Peluang Ke Auckland & Rotorua, New Zealand Bersama Zespri®
Hari Ke-7  7 Hari Yang Hebat Bersama Buah Kiwi Zespri®
Hari Ke-8  Sarapan Pagi Untuk Amar
Hari Ke-9  Sedap Dimakan Begitu Saja
Hari Ke-10  Khasiat Buah Kiwi
Hari Ke-11  Kongsi Buah Kiwi Bersama Rakan-Rakan
Hari Ke-12  Resepi Muffin Kiwi Hijau
Hari Ke-13  3 Tips Tentang Buah Kiwi Yang Perlu Anda Tahu
Hari Ke-14  Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge
 
Jom follow ciklaili.com di :
FACEBOOK: https://www.facebook.com/ciklailidotcom 
TWITTER https://twitter.com/ciklaili 
INSTAGRAM: http://instagram.com/ciklaili


Post a Comment

11 Comments

  1. Saya suka makan buah KIWI,,,
    hari hari kalau boleh saya mahu makan buah kiwi,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. best apa makan buah kiwi..sistem pencernaan jadi sihat. hihi!

      Delete
  2. Anak2 saya pun sukakan buah kiwi..isteri selalu beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah kiwi kaya dengan vitamin C. lebih baik dari buah limau..

      Delete
  3. masa zaman skolah/kanak kanak selalu fikir buah kiwi nie kategori buah mewah ....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah kiwi kan bukan buahan tempatan. sebab tu juga harganya agak mahal..

      * suka makan buah pelam depan rumah..

      Delete
  4. wah, terasa lebih sihat? hoho..

    kena makan kiwi hari-hari la macam ni..

    ReplyDelete
  5. ayu pun suka buah kiwi sedapppp mesti ada dalam peti hehe

    ReplyDelete
  6. enak,mudah dan bermanfaat untuk kesehatan

    ReplyDelete