02 August 2013

Lailatul Qadar Lebih Baik Dari 1000 Bulan


Sedar atau tidak bulan Ramadan semakin hampir ke penghujungnya. Kalau dikira-kira, tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan merayakan 1 Syawal 1434H. Dalam keghairahan kita menyediakan persiapan hari  raya, tidaklah kita semua teringin untuk berjumpa Lailatul Qadar? Tapi...tahukah kita bila berlakunya malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu?


Terdapat berbagai cerita mengenai tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk ke bumi dan sebagainya.

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang berlakunya Lailatul Qadar dan ia tetap berlaku atau berulang pada setiap bulan Ramadan, cuma tidak dapat dipastikan secara tepat malam yang keberapa ia berlaku.

Perbincangan panjang lebar diantara ahli-ahli Hadis, mengenai dengan malam apakah yang tepat Lailatul Qadar itu berlaku. Dalam kitab Fath al-Basrimenurunkan tidak kurang dari 45 qaul tentang malam terjadinya Lailatul Qadar, masing-masing menurut pengalaman dengan catatan Ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 Ramadhan sampai 29 atau malam 30 Ramadhan. Semuanya dinukilkan oleh as-Syaukani di dalam `Nailul-Autharnya.

Oleh sebab itu dianjurkanlah supaya setiap malam bulan Ramadaan diisikan penuh dengan ibadat. Bagaimanapun terdapat juga riwayat yang kuat menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu ialah pada malam sepuluh yang akhir dari Ramadhan ertinya sejak malam 21, kerana sejak malam 21 itu nabi s.a.w lebih memperkuat ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadan.
** Sumber dari IKIM

15 comments:

  1. Sama-sama berdoa & mencari Lailatul Qadar

    ReplyDelete
  2. Carilah Lailatul Qadar dengan memperbanyak kan ibadat di sepuluh mlm terakhir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. janganlah asyik membuat persiapan raya sampai lupa untuk beribadat pula..

      Delete
  3. Semoga kita berjaya dlm pencarian 1000 mlm itu

    ReplyDelete
  4. Kalau beribadat dari mula ramadan sampai habis ramadan tentu dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah..rasa sedih juga kerana Ramadan bakal berakhir

      Delete
  5. Salam . Boleh PM alamat di FB muna? Terima kasih sebab join segmen tu. Muna akan bagi kad raya dekat awak :) fb - Muna Rahimah IV

    ReplyDelete
  6. Mencari dan terus mencari malam yang dicari cari. Semoga amalan kita diberkatiNya..

    ReplyDelete
  7. Mungkin dah berlalu tapi kena istiqamah 10malam terakhir ni.. insyaAllah ada rezeki.. :)

    ReplyDelete
  8. salam Aidilfitri cikgu..

    .......//JOM NASIHAT-MENASIHAT//......
    Katakan TIDAK Pada (Fesyen Sendat-Jarang-Ketat-Melekap)
    http://wanitamelayuseksa.blogspot.com
    http://leggingseksi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Semoga dapat berjumpa Ramadhan lagi di Tahun depan. Esok dah raya!

    ReplyDelete
  10. semoga kita bisa mendapatkan lailatur qadar,aamiin

    ReplyDelete