Keputusan e-GTukar Sesi Jun 2013


Guru-guru yang telah membuat permohonan pertukaran untuk sesi Jun 2013 pasti sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan permohonan mereka. Maklum sajalah, cuti sekolah hanya berbaki beberapa hari saja lagi. Jadi, sudah tentu banyak perkara yang perlu disiapkan jika permohonan mereka berjaya.

Dukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan pertukaran guru untuk sesi Jun 2013 adalah DITANGGUHKAN sehingga ke satu masa yang akan diberitahu kelak. Inilah paparan yang tertera di laman web e-GTukar.

* Terkini : Keputusan e-GTukar bagi sesi Jun 2013 sudah boleh diketahui mulai 25 Jun 2013 (Selasa). Sila click laman web e-GTukar untuk membuat semakan.

Keputusan pertukaran guru antara bahagian / antara negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian petempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.


Untuk rakan-rakan guru yang telah membuat permohonan kali ini diharap dapat bersabar dan terus berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

posted from Bloggeroid

Post a Comment

20 Comments

  1. Replies
    1. Memang kena bersabarlah bila memohon untuk berpindah.

      Delete
  2. Peluang terbaik buat guru-guru yang nak bertukar ataupun balik kampung asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon bertukar ke sekolah lain bukan suatu yang mudah. Ada yg hampir 10 kali memohon pun masih tak dapat juga.

      Delete
    2. yA, SAYA BERSETUJU. SAYA TELAH MEMOHON 10 KALI.BUKAN HAMPIR.

      Delete
    3. moga HH terus bersabar. Allahlah sebaik2 perancang.

      Delete
  3. Semoga ada cikgu yang dapat apa yang dihajati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk sesi Jun sudah ditangguhkan. Kena buat permohonan pada bulan September pula untuk pertukaran sesi Januari 2014..

      Delete
  4. Saat-saat yang dinantikan ramai... Tapi tidak mengapa kena bersabar sedikit lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..kena bersabar untuk sedikit masa lagi..

      Delete
  5. pulak
    huhu
    harap rakan2 guru kita dapat bersabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpati dengan rakan2 di sekolah yang memohon pertukaran sesi Jun. Harap mereka akan terus berkhidmat dengan baik..

      Delete
  6. mesti ramai guru yang tidak sabar untuk bertukarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majoriti yang mohon berpindah kerana mengikut pasangan dan sudah membeli rumah kediaman sendiri..

      Delete
  7. Replies
    1. KPM ada alasan yang kukuh untuk penangguhan pertukaran guru sesi Jun 2013

      Delete
  8. sabor-sabor..diorang nak susun betul-betul tu..

    ReplyDelete
  9. murid didahulukan, kebajikan guru diutamakan...wlau bgmana pun Allah sebaik2 perancang....

    ReplyDelete
  10. sabar memang da sabar ,kini tiada tempat tinggal dan kemudahan lain sehingga ????????pening ... harap kpm akan memberi perhatian khas ...

    ReplyDelete