07 June 2013

Cara Mengurus Blog Dan Kerja


Terdetik di hati untuk bertanya kepada rakan blogger berapa lama masa yang diambil untuk menulis sebuah entri. Saya pasti situasi setiap blogger sangat berbeza. Mungkin ada blogger yang boleh menerbitkan 5 entri dalam masa 1 hari dan mungkin juga ada blogger yang sama seperti saya - paling kurang 1 hari 1 entri.

Walau bagaimanapun, kerana kekangan masa dan ditambah pula dengan tanggungjawab hakiki sebagai seorang isteri, ibu dan cikgu (walaupun cuti sekolah tetapi ada 18 bungkus kertas soalan yang perlu ditanda) tidak mengizinkan saya untuk update blog pada setiap hari.

Ini pula soalan dari cikgu Nunu yang belum saya jawab.


Di sini saya ingin kongsikan 3 cara saya (isteri dan ibu beranak dua) mengurus blog dan kerja :

1. Utamakan apa yang lebih utama

Antara blog dengan kerja, sudah tentu saya akan memilih kerja sebagai perkara paling utama. Jika waktu persekolahan, biasanya entri di blog ini auto-publish dan diterbitkan antara jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari atau antara jam 3.00 - 5.00 petang. Pada waktu inilah pembaca akan berkunjung ke blog ini dan secara tidak langsung akan menaikkan trafik blog. 

Kebanyakkan entri di blog ini pula ditulis dalam bentuk perkongsian ilmu dan melalui pemerhatian serta pengalaman saya sendiri. Pada pendapat saya, lebih baik 'menjadi diri sendiri' daripada mengikut cara blogger lain. Sebagai blogger, kita sendiri yang menentukan untuk menjadi blogger yang bagaimana - blogger glamour, blogger buat duit, blogger tutorial, blogger event atau blogger yang biasa-biasa saja.

2. Menulis dalam keadaan rehat dan santai

Jika berada di rumah, saya akan memilih masa yang sesuai untuk menulis. Jika anak-anak kusyuk menonton televisyen atau tidur, saya akan gunakan masa tersebut untuk membuat kerja suri rumah (mengemas rumah, membasuh kain, memasak dan lain-lain).

Sejak melahirkan anak kedua pada bulan Januari 2012, saya sudah mula belajar menulis entri sambil menyusukan (breastfeed) anak. Pada ketika itu bonding di antara saya dan anak akan berlaku dan dalam masa yang sama blog ini juga dapat di update.  Syukur alhamdulillah...rezeki berblog semakin bertambah-tambah dengan kehadiran Muhammad Amar Rizqi. Sememangnya anak ini membawa rezeki kepada kami sekeluarga. Terima kasih Ya Allah.  

Amar sedang menyusu

3. Sokongan dari suami - lensapujangga.com dan anak-anak

Tanpa sokongan mereka, mana mungkin saya akan menulis sehingga ke hari ini. Merekalah sumber inspirasi saya dan merupakan watak utama dalam blog ini. Mereka jugalah bodygurad saya yang sentiasa bersama di waktu susah dan senang.

Untuk makluman, blog ini mula ditulis ketika anak sulung, Amir berumur 3 tahun. Memandangkan saya telah meninggalkan dunia blog pada tahun 2006 hingga 2009, terasa rindu pula untuk kembali menulis. Jom baca entri pertama saya di blog ini, Azam Ramadan 2009. Syukur alhamdulillah, nampaknya azam saya sudah menjadi kenyataan dan siapa sangka saya juga mampu menjana pendapatan melalui blog ini.

  Saya bersama suami, Amir dan Amar di pejabat Nuffnang (Mei 2013)

Kalau ingin tahu bagaimana pula blogger bujang mengurus blog dan kerja, anda boleh membaca entri Blogger dan Pengurusan Masa. Bagaimana pula ANDA mengurus blog dan kerja? Kongsikan di ruangan komen di bawah. Terima kasih :)

58 comments:

  1. Sokongan keluarga ada.Kadangkala idea tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lihat sekeliling anda. Kadangkala ada perkara yang boleh dijadikan idea untuk menulis..

      Delete
  2. yess... tulis dalam keadaan relax itu memang perlu... macam saya dah jadi kebiasaan bangun kul 4-5 pagi...sebab ianya waktu tenang saya untuk dapatkan idea penulisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya idea datang mencurah2 di waktu yang tenang dan damai. Teruslah menulis ye..memang suka baca blog ttg makanan lebih2 lagi bila perut tengah lapar. Hehe!

      Delete
  3. syukur skrg ni pun ciklaili dah terkenal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azam saya hanya untuk kembali aktif berblog. Tidak dikenali pun tidak mengapa :)

      Delete
  4. Saya menulis blog pada tahun 2008. Kemudian kembali aktif pada tahun 2011. Biasanya waktu menulis blog bermula jam 10mlm dan mengambil masa hampir 2 jam termasuk edit gambar.

    Kalau entri yang panjang terlajak jam 3 pagi. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..rupanya waktu rehat kita dari berblog hampir sama - 3 tahun.
      saya berhenti kerana memberi tumpuan kepada anak & baru bertukar profesyen (guru). selain tu mengikuti KPLI-KDC (2007 - 2009). selepas itulah baru saya aktif berblog sehingga ke hari ini :)

      Delete
  5. mengutamakan yang utama. itu yang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kurang utama boleh dilaksanakan bila ada masa terluang :)

      Delete
  6. saya suka autopublish....buat entri fikir mana yg utama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah survey corak pembaca yang datang ke blog ciklaili.com. sebab tu entri diterbitkan pada waktu tersebut.

      Delete
  7. saya suka menulis waktu malam..kunun2 banyak ilham....hehehe

    mohon cik laili vote ALin Marlini http://alinmarlini.com/tips-buat-duit-dengan-blog-dari-seminar-denaihati/ &
    http://denaihati.com/undian/undian-contest-sbddb13

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin waktu siang komitmen Alin lebih kepada kerja...
      ok, hari tu saya ada buat entri & support semua yang join contest tu..

      Delete
  8. Wahhh... saya menulis di waktu subuh. Sebelum bersiap untuk pergi kerja. Lepas tu, autopublish. Bila rajin, mcm2 bileh ditulis. Bila malas ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah. lain orang lain waktu yang sesuai untuk menulis.
      kalau saya kurang sesuai untuk menulis sebelum bersiap ke sekolah :)

      Delete
  9. setuju..jadilah diri sendiri..kan Laili?

    ReplyDelete
  10. Tulis blog sambil menyusu tu yg sy kagum. mmg setuju dgn artikel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..sejak Amar lahir saya tak terlepas saat2 berharga bersama anak & blog. saya tak taulah bagaimana pula dengan mom blogger yang lain. pada saya kalau boleh buat beberapa kerja dalam satu masa, itu lebih baik..

      breastfeed Amar - update blog - menonton TV - berbual dengan suami & Amir - basuh kain - masak nasi :)

      Delete
  11. 1 entri 1 hari tu memang dah molek sangat
    tapi kadang2 terlepas juga bila banyak hal nak dibuat
    tak apa, kita cuba je selagi dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..kadangkala saya terlepas juga 1 hari 1 entri.

      Delete
  12. Paling banyak 2 entri sehari, itupun sekali dlm beberapa bulan. Biasanya 1, pernah juga miss 2,3 hari time sibuk atau x de mood sesangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting blog di update..jangan sampai lebih sebulan takde entri baru, kan?

      Delete
  13. fyna start berblogging tahun 2009. lepas tue tenggelam. dan mula berblog kembali tahun 2011. pembahagian masa memang penting. time kerja, fyna akan bagi keutamaan pada kerja. ada masa yang lapang selalunya petang. time petang tue lah ada idea. kalau ada idea lah. hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila waktu kerja kita memang kena beri sepenuh perhatian. itu yang lebih utama :)

      Delete
  14. lama x masuk blog ciklaili. sy menulis bila ada masa ada idea. kdg2 ada idea tp xda masa so burn mcm tu jelah..nk wat cmne, keje first then blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada idea boleh buat draft entri dulu. tak perlu tulis dlm blog pun, boleh catat di dalam buku @ hp. bila dah ada masa nanti bolehlah siapkan draft tersebut :)

      Delete
  15. Saya juga merupakan seorang blogger yang mempunyai pekerjaan hakiki yang lain.Artikel Cik Laili ini membantu dan memberi idea kepada saya di dalam menguruskan masa di antara keluarga,kerja dan blog.Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar berkongsi apa yang saya lakukan selama ni bagi mengurus blog & kerja. mana yang boleh diikut tu, bolehlah anda laksanakan :)

      Delete
  16. surirumah mcm sy pun kena utamakan anak2 dan kerja2 rumah settle dahulu... baru rasa aman nak blogging

    sy jarang2 dpt karang entri panjang2... dpt update entri ringkas2 pun dah cukup hepi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tabik dengan blogger suri rumah. sebenarnya duduk di rumah lagi banyak kerja yang nak dibuat, kan?

      Delete
  17. biasanya jika ada gambar baru PM up entry...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika letakkan sekeping gambar dalam entri memang digalakkan supaya pembaca tidak bosan. lebih2 lagi jika entri panjang berjela :)

      Delete
  18. .AUTO PUBLISH? mcm mana tu?? tlg ajar bleh? maklumlah baru dlm bidang blog ni...cuti sekolah ni baru ada masa nak update blog....itu pun ada paper yg x abes mark lagi....tak pe pulun esok...he he...tqvm share da good info...jomlah singgah blog saya www.duniafarzaana.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.

      auto publish tu mudah aje. caranya begini (untuk blogspot) :
      1. type entri macam biasa
      2. sebelum publish, lihat bahagian Schedule > click Set date and time
      3. setkan tarikh atau pukul berapa entri tu nak dipublish
      4. click publish. siap..

      Delete
  19. Saya menulis bila ada yang nak ditulis. Bila tiada yang nak ditulis lebih baik saya diam. Auto publish pun bagus,memudahkan kerja bila kita berada dalam keadaan sibuk.

    ReplyDelete
  20. Cheq akan menulis bila benar-benar ada idea dan rasa ia patut dikongsi. Tidak kisahlah seminggu 1 artikel sekalipun. Apa yang penting. Pembaca keluar dari blog kita dapat something.

    Dan sudah semestinya apa yang utama diuruskan dahulu macam cheq seorang pelajar. Jika ada tugasan, test itu lebih utama maka blog letak tepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog informasi biasanya memang akan memberikan 'sesuatu' kepada pembaca. teruskan menulis ye. semoga ProfHariz berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi :)

      Delete
  21. update bila rasa nak update aje. haha

    ReplyDelete
  22. kagum dengan pencapaian ciklaili, saya duk pikir ciklalili tak join sangat event nuffnang, tapi incomenya masyuk sangat2, saya pikir kadang2 jadi semangat dan kdg2 down, so takyah pikir sangat hihi, apa yg penting minat menulis dan kalau ada penghargaan itu bonus ;), tahniah ciklaili

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Aju. masih ingat lagi komen Aju dalam satu entri di blog ni. lebih kurang macam ni ayatnya : "rasa pelik sebab entri di blog ciklaili.com tak banyak, tapi trafik tetap ada setiap hari..

      pada saya kejayaan sebuah blog adalah subjektif. terpulang kepada pembaca untuk menentukan blog ciklaili.com di tahap mana. apa2pun tanpa sokongan semua mana mungkin blog ini mampu bertahan sehingga ke hari ini.

      saya doakan semoga blog Aju juga akan terus maju dan setanding dengan blog2 hebat yang ada di Malaysia ni :)

      Delete
  23. Pengurusan masa yang paling kritikal. Ade yang cakap tak cukup masa, mungkin dy tak uruskan mase dengan betul. Aku selalu tulis entry, then save. Nanti kalau dah dapat ilham sambung lagi tulis. Tulis banyak banyak, belum tentu yang first aku tulis aku publish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada banyak idea memang baik kalau ditulis & save. Bila free boleh sambung entri & publish ikut keutamaan..

      Delete
  24. kid pernah buat entry contest astro iptv.. 4 jam untuk buatnya. kerah idea sana sini.. syukurlah menang set blu-ray home theatre dari SONY.. itulah yang hadiah grand so far. menulis dengan penuh keyakinan.. bukan selalu dapat macam tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak peluang macam KiD dapat tu. Tahniah ye..

      Delete
  25. Replies
    1. Mana yang sesuai bolehlah praktikkan juga..

      Delete
  26. saya tulis blog sejak tahun 2007. tapi pada awal tahun 2010 saya stop menulis blog sbb terlalu sibuk dengan urusan sekolah sbb dilantik jd s/u pibg. lagipun pengurusan sekolah di bawah pengetua cemerlang yg berazam untuk jadi JUSA..(paham2 la kan keadaannya macam mana)

    thn ni, dpt pengetua baru yg lebih santai. byk masa utk urusan peribadi n berblog. bahagia...hehehe

    cik laili, sy nak tanya pendapat cik laili. sy teringin nak ade blog sendiri. (.com) webhost ape yg sesuai utk sy. sbb sy x pandai sgt nk mengedit HTML dan seumpanya. cik laili menggunakan webhost ape? sy suka blog cik laili, cantik, simple dan senang nk bace.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya gunakan thesis blogger template. Boleh download gunakan link di bahagian bawah blog ni. Domain pula saya gunakan NetKL..

      Delete
  27. As salam Cik Laili...
    Saya menubuhkan blog utk tujuan perniagaan atas nama Ezzewithlove Collections II..enmail : ewlonblog@gmail.com
    Mohon Cik Laili & para pembaca sekalian utk tunjuk ajar cara menguruskan blog kerana saya rasa asing sangat dengan istilah2 & caranya.
    Kadang2 bila baca blog orang lain, terfikir juga..kenapa dia boleh buat cantik mcm ni..?
    Tersusun,kemas, mudah org nak lihat2 produk yg dijual.Tapi saya x tahu mcm mana cara membuatnya..?
    Mohon kakak2 yang dah lama berblog disini membantu saya ye..TQ..

    ReplyDelete