Anugerah Bintang Pendidik Sempena Hari Guru


Sambutan hari guru pada tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Selain acara sukaneka untuk guru, persembahan dari pelajar dan persembahan guru (ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia), sambutan pada tahun ini telah memperkenalkan ABP iaitu Anugerah Bintang Pendidik.

Ada beberapa katogari yang dipertandingkan. Antaranya Guru Paling Tegas, Guru Paling Perihatin, Guru Paling Bergaya dan lain-lain lagi. Tidak sangka pula saya telah dipilih untuk menerima Anugerah Bintang Pendidik : Guru Paling Kemas. Pemilihan dan keputusan adalah berdasar undian dari para pelajar.

Anugerah Bintang Pendidik : Guru Paling Kemas

 Cikgu Laili bergambar dengan hasil kerja pelajar batch 1997

 Button Badge sempena hari guru 2013

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat dalam menjayakan sambutan hari guru pada 16 Mei yang lalu. Cikgu Laili sayang anda semua.

 Status FB cikgu Laili sempena hari guru

Post a Comment

31 Comments

  1. Tahniah cik laili..dah macam abph pula kan..tp bagus jugak wat anugerah macam ni..semakin bersemangat la para guru untuk berkhidmat kepada anak murid nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelajar-pelajar yang mengumumkan anugerah ini pun berlakon ala2 ABPBH tu. mula2 diumumkan senarai calon2 terlebih dahulu dan kemudian pengumuman pemenang. siap guna tablet lagi untuk umum keputusan :)

      Delete
  2. wahh..mesti dapat hadiah banyak nih.

    ReplyDelete
  3. Wahhh, bkn sj bintang arena blogging, mlh bintang di hati murid juga...tahniah cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2. Selamat hari guru buat SisHaza..

      Delete
  4. tahniah Laili...tahun2 sblm ni sekolah kami buat juga tp thn ni x buat..kurang meriah sikit..tp x pe la..sederhana je sambutan kami thn ni..Selamat Hari Guru Laili..moga gembira dan tabah dgn profesion ini :)

    ReplyDelete
  5. tahnia ciklaili..dah tiga tahun tinggal zaman sekolah ni..rindu teramat

    ReplyDelete
  6. wahhhh.. tahniah ya... siap dapat anugerah lagi. selamat hari guru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambutan tahun ini memang agak meriah..

      Delete
  7. Tahniah kerana berjaya mendapat anugerah sempena hari guru ni.
    Selamat hari guru kepada Cik Laili ;)

    ReplyDelete
  8. selamat hari guru cik laili.. tahniah atas anugerah.. heheheh

    ReplyDelete
  9. selamat hari guru cikgu laili..daripada saya cikgu nunu..:)

    ReplyDelete
  10. tahniah cikgu laili..moga terus dan semakin bersemangat tinggi mendidik anak murid...

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan cikgu :-) cikgu mengajar di samtaj ya?sampaikan salam sy pd ustazah mariah hehe.

    ReplyDelete
  12. tahniah kak!! ^_^ SAMTAJ tue kat mana kak?

    ReplyDelete
  13. Tanniah dengan penghargaan yang diterima. Ia boleh membakar semangat.

    ReplyDelete
  14. tahniah cikgu satu penghargaan ini.

    ReplyDelete
  15. lawo sungguh guru tu berisir di blk baner putih heeee

    ReplyDelete
  16. tahniah..selamat hari guru ciklaili... :-)
    Entri Terkini Update Blog, Trafik Naik

    ReplyDelete