20 April 2013

PRU13 : Senarai Calon Parti Mengikut Negeri

Tarikh 20 April 2013 telah ditetapkan bagi proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kesemua 222 pusat penamaan calon di seluruh negara akan dibuka pada pukul 9.00 pagi selama sejam sebelum ditutup pada pukul 10.00 pagi. Pusat-pusat penamaan calon kebanyakannya ditetapkan di Pejabat-Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Dewan Orang Ramai dan bangunan sekolah.

Proses penamaan calon bermula dengan calon menyerahkan kertas pencalonan masing-masing untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU13, 5 Mei ini. Pegawai pengurus pilihan raya kemudiannya akan menyemak setiap kertas penamaan yang diterima dan akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding sebaik semua urusan semakan selesai. Calon mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen selepas proses penamaan calon diadakan.


Sila click link senarai parti di bawah bagi mengetahui senarai calon parti mengikut negeri yang akan bertanding dalam PRU-13 : 

Johor

Sumber : BH Online


9 comments:

  1. wahhh... tak sabarnya nak mengundi ni...

    ReplyDelete
  2. Malam mendebarkan pada 5 hb Mei ..sama2 kita nantikan keputusannya

    ReplyDelete
  3. susah nak cakap tapi, saya rasa saya kena bahang PRU13 jugak ni ..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin mesti dipilih bukan sahaja kerana mereka boleh membawa kemajuan, kekayaan dan kemakmuran hidup di dunia tetapi yang lebih penting mereka boleh membawa kita ke jalan keselamatan di Akhirat untuk lepas dari seksa Neraka. Tersilap membuat pilihan, padahnya akan kita rasa di dunia, lebih-lebih lagi di Akhirat.

      > Jadi, siapa yang hendak kita pilih?Jemput baca dan SHARE..
      http://www.ikhwantoday.net/fokus/1062/

      Delete
  4. yeaaahhh... saya mengundi di DUN kajang, Parlimen HULU LANGAT

    ReplyDelete
  5. PRU 13..PRU PENENTU HIDUP DAN MATI BE END....SENGIT...APA2 PUN SEMUA YANG BERTANDING MESTI BERMUHASABAH DIRI.....UBAH PERANGAI......http://glomind.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ciklily....semangat nak mengundi dah semakin dekat ni...:)

    ReplyDelete
  7. Pemimpin mesti dipilih bukan sahaja kerana mereka boleh membawa kemajuan, kekayaan dan kemakmuran hidup di dunia tetapi yang lebih penting mereka boleh membawa kita ke jalan keselamatan di Akhirat untuk lepas dari seksa Neraka. Tersilap membuat pilihan, padahnya akan kita rasa di dunia, lebih-lebih lagi di Akhirat.

    > Jadi, siapa yang hendak kita pilih?Jemput baca dan SHARE..
    http://www.ikhwantoday.net/fokus/1062/

    ReplyDelete