Semakan Keputusan SPM 2012

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada 21 Mac 2013 (Khamis), hari ini. Calon yang menduduki SPM 2012 boleh menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10:00 pagi. Bagi calon persendirian pula, mereka akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.


Selain itu, semakan keputusan SPM 2012 juga boleh dibuat melalui laman web Lembaga Peperiksaan selepas keputusan rasmi dibuat. Semakan keputusan menerusi laman web tersebut hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN. Sila click link berikut :



SPM 2012 merupakan tahun terakhir subjek Sejarah mempunyai 2 kertas peperiksaan (kertas 1 dan kertas 2). Mulai tahun 2013, subjek Sejarah merupakan subjek wajib lulus SPM dan ada penambahan kertas 3. Bagi calon SPM 2013, anda bolehlah merujuk entri berikut :


Syukur alhamdulillah..tahun ini sekali lagi keputusan bagi subjek yang saya ajar, Sejarah mendapat keputusan 100%, cuma dari segi kualiti agak menurun berbanding SPM 2011.

Post a Comment

12 Comments

  1. Good luck buat anak-anak sedaraku yang dapat result SPM hari ini...

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya kepada mereka yang terlibat...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..keputusan untuk subjek yang saya ajar dapat 100%

      Delete
  3. Terasa kecut perut bila nak amik result SPM. Masih merasainya. Alhamdulillah telah melepasi dugaan ini. Tapi SPM memang penentu jalan hidup kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. keputusan SPM adalah penentu untuk menyambung pengajian diperingkat lebih tinggi

      Delete
  4. dengar cerita ramai yang dapat keputusan cemerlang tahun ni

    ReplyDelete
  5. tahniah kepada mereka yg berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha yang mereka lakukan selama ini berbalas dengan kejayaan cemerlang

      Delete
  6. pergh ada kertas 3 untuk sejarah, macam mana tu cik laili

    ReplyDelete
    Replies
    1. kertas 3 berbentuk tugasan. soalan tema akan diberi sebulan sebelum tarikh peperiksaan diadakan. masa menjawab selama 3 jam dan pelajar boleh membawa buku & apa saja bahan semasa peperiksaan diadakan. lebih kurang macam open book test. pengiraan markah bagi subjek Sejarah :

      kertas 1 40 soalan objektif = 40 markah
      kertas 2 (struktur & esei) = 100 markah
      kertas 3 (tugasan) = 100 markah

      Delete