26 March 2013

,

Semak Status Halal Produk Makanan & Minuman, Barangan, Premis Makanan dan Hotel

Semasa membeli barang, perkara penting yang perlu diambil perhatian selain daripada harga dan tarikh luput ialah tanda halal. Bagaimana pula jika anda tidak menemui tanda halal atau ragu-ragu tentang status halal pada barangan yang anda beli? Seperti yang terjadi baru-baru ini semasa majlis harijadi suami di rumah mertua. Sewaktu saya dan suami sedang memasak sos spaghetti, tiba-tiba mertua bersuara, "Halal ke sos prego ni? Tak nampak tanda halal pun"

Untuk makluman semua, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dipertanggungjawabkan sebagai badan pengawal piawaian Halal sejak Ogos 2009. Direktori halal merupakan himpunan maklumat syarikat pengeluaran produk makanan dan minuman, premis makanan, hotel, barangan gunaan dan rumah sembelihan yang memiliki sijil halal JAKIM.

Terdapat 2 cara untuk membuat semakan status halal :

1) semakan melalui laman web Halal Malaysia - www.halal.gov.my


2) semakan melalui SMS


Saya tunjukkan contoh semakan yang dibuat melalui laman web Halal Malaysia untuk barangan yang digunakan bagi membuat sos spaghetti berjenama prego. Risau juga, manalah tahu tiba-tiba tidak halal pula.

 

Inilah dia hasil semakan status halal - prego. 
Kami gunakan spaghetti sauce mushrooms jenama prego.

 Tu dia...terbukti halal dan tarikh tamat status halal sehingga 30/11/2013.

Jika anda rasa ragu-ragu tentang status halal sesuatu produk makanan dan minuman, barangan, premis makanan dan hotel, jangan lupa buat semakan. Mudah-mudahan apa yang kita makan dan gunakan selama ini tidak diragui status halalnya.

* Terbaca dalam sebuah blog tentang sos PREGO halal :

Setelah disiasat... ni PREGO yg campbell buat.. yg telah diluluskan oleh JAKIM... alhamdulillah... ingatkan dah makan yg nonhalal punye... terkezuttt sekejap... yang nonhalal tu yang tertulis ITALIAN SAUCE... tapi ni PASTA SAUCE from campbell... legaaaaa..

12 comments:

  1. saya pun pernah buat entry ni dulu.. mudah dan bagi mereka yang was-was, boleh terus semak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga baca di blog KiD. bila mertua tanya tentang sos prego, tu yang tergerak hati nak tulis entri ni

      Delete
  2. Replies
    1. moga entri ini dapat memberi manfaat kepada semua terutama yang beragama Islam..

      Delete
  3. Umat islam di Malaysia boleh dikira berutung ada logo halal Jakim berbanding umat islam yang minoriti di luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.kita di sini boleh makan apa saja yang halal tanpa rasa risau..

      Delete
  4. bagus perkongsian nih,terima kasih cikgu...:)

    ReplyDelete
  5. bagus sekarang ni boleh semak online sebelum membeli barang

    ReplyDelete
  6. Sya konfius mengenai status supplemen satin skinz. Ada pnh dgr x? Pihak tersebut claimed ada halal certification. Tp bla check xjmp pn

    ReplyDelete
  7. Ada sesiapa yg sudi membantu sy, sy ada beli ovallete cap bunga raya.. tiada logo halal.. tp bila sy cek status ada menyatakan ia halal tp keluaran yg tertera berbeza.. adakah masih halal jgk ye.. pls bantu sy

    ReplyDelete
  8. kalau saya letak nama kedai makan tu dan xkeluar pape, meaning kedai tu xhalal lah ye..
    hope semua boleh bantu sya

    ReplyDelete
  9. Adeii terbeli mee , cap bintang, bintangMas yg tiada logo halal, rasa was² laa pulakk

    ReplyDelete