01 March 2013

,

Jom Sertai Roadshow “Huggies Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai”

Sebagai ibu bapa, anda pasti menitikberatkan penggunaan lampin yang selesa untuk si manja anda. Ciri-ciri lampin yang mudah dipakai dengan hanya koyak, salin dan lepas! sudah pasti menjadikan kerja anda lebih mudah. 

Memperkenalkan Huggies Dry Pants yang menjadi pilihan ibu bapa untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif. Anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukar lampin setelah anda mencubanya. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin.


Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. 


Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia

Jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk bersama-sama ke acara Roadshow “Huggies Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai” yang diadakan dari 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad) di Ruang Legar Mydin USJ.

Anda bakal menikmati hiburan untuk seisi keluarga dengan persembahan, promosi hebat, hadiah percuma, permainan, pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti yang menarik disediakan. Jangan lupa untuk singggah ke booth Huggies dan berpeluang mendapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants dan memenangi pelbagai hadiah menarik yang lain.

 
Rebut peluang anda untuk sama-sama menyertai Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies yang diadakan sepanjang roadshow ini berlangsung melalui pengumuman istimewa yang akan dibuat pada jam 10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam. Acara penutup pula akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari jam 8.00 malam hingga 9.00 malam.


Beritahu rakan-rakan, saudara mara dan sesiapa saja tentang Roadshow “Huggies Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai” supaya mereka juga berpeluang untuk menyertai aktiviti dan memenangi hadiah menarik yang disediakan sepanjang roadshow ini dijalankan.

Datanglah beramai-ramai!
 

9 comments:

  1. nak juga tukar... tapi huggies mahal siket, lagi pun rasanya saiz untuk baby 5 bulan tak perlu tukar lagi, bukan gerak banyak pun. Kalau untuk kakaknya 2 tahun.... dah tak der saiz lagipun nak cuba berhenti dah sekarang ni.. tq for info

    ReplyDelete
  2. kalau my ilham.. karang meronta2 dia time nak pakai..nhehehe

    ReplyDelete
  3. tahniah ye atas sponsored post ni.. pergi tak esok, jika pegi kita jumpa di roadshow tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. teringin pergi juga. kalau jadi nnt saya contact sha ye..

      Delete
  4. Tahniah ciklaili...dapat jugak sp dari nuffnang nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. rezeki anak ke-2, baru umur 1 tahun. kalau tidak dah tentu tak dapat SP ni. anak yg sulung dah darjah 1.

      Delete