10 March 2013

Eksplorasi Cabaran Sejarah (ECS) : Perisian Permainan Sejarah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Berita baik buat pelajar tingkatan 4 dan 5 serta guru-guru Sejarah, anda kini boleh mengakses (download) Perisian Animasi Eksplorasi Cabaran Sejarah (ECS) secara percuma mulai 11 Mac 2013 di laman web Eksplorasi Cabaran Sejarah (ECS) :


ECS (Eksplorasi Cabaran Sejarah) adalah sebuah perisian permainan dan pembelajaran sejarah yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi pingat emas (GOLD MEDAL OF INNOVATIVE EXCELLENCE) kategori Pendidikan di pameran produk penyelidikan peringkat antarabangsa INPEX pada 13-15 Jun 2012 di Pittsburgh, Pennsylvania, USA. 

 

Penyertaan kali pertama Koperasi Sekolah Menengah Teknik Gombak Berhad di dalam program penyelidikan antarabangsa ini telah ditaja oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA. ECS ini juga telah mendapat pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia apabila dinobatkan Johan Keseluruhan Anugerah Menteri Pelajaran dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2012 yang telah diadakan di Hotel Royale Bintang Seremban Negeri Sembilan pada 29 Oktober- 1 November 2012. 


Perisian ECS ini meliputi silibus subjek Sejarah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 untuk para pelajar yang menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Perisian pendidikan maya (virtual education) yang pertama di negara ini khasnya untuk subjek Sejarah berasaskan konsep 'Bermain Sambil Belajar' diciptakan sebagai alat bantu mengajar secara persendirian mahupun di dalam kelas. Perisian permainan interaktif ini juga dicipta khas menggunakan animasi 3D permainan monopoli, sistem kuiz, analisa prestasi dan dilengkapi dengan akses ke pangkalan data yang mengandungi lebih 2000 soalan SPM terkumpul. 

2 comments:

  1. terima kasih cikgu di atas sokongan kepada ECS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama2..moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar & guru di seluruh Malaysia :)

      Delete