08 February 2013

Teknik Fotografi : Rules of Third - RO3

Kali ni saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang teknik fotografi yang dinamakan Rules of Third - RO3. Sejak di sekolah rendah lagi saya memang suka mengambil gambar, tidak kira gambar kawan-kawan, pemandangan, aktiviti yang dijalankan dan apa saja yang menarik di mata saya. Pada saya, gambar-gambar yang diambil mempunyai 1001 penafsiran dan ia juga boleh dijadikan sebagai kenangan dan memori indah dimasa akan datang.

Apa yang dimaksudkan dengan Rules Of Third - RO3

The Rule of Third is a compositional rule of thumb in visual arts such as painting, photography and design.The rule states that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important compositional elements should be placed along these lines or their intersections. Proponents of the technique claim that aligning a subject with these points creates more tension, energy and interest in the composition than simply centering the subject would. - Wikipedia

Cuba lihat Gambar 1 dan Gambar 2 di bawah. Nampak tak perbezaannya? 

 
Gambar 1 

Gambar 1 diambil di mana objeknya iaitu burung berada di tengah-tengah.

 
Gambar 2 

Gambar 2 pula menggunakan teknik Rules Of Third.  

Gambar 2 nampak lebih kreatif berbanding Gambar 1, kan?. Apa yang anda perlu lakukan ialah anda hanya perlu membayangkan ‘viewfinder‘ di kamera anda mempunyai garis grid 9 kotak seperti Gambar 1 dan Gambar 2. Kemudian fokuskan subjek yang hendak anda ambil pada salah satu garis pertemuan pada garis grid itu. Biasanya kamera kamera digital mempunyai fungsi ‘auto fokus‘ yang akan memfokus subjek yang berada ditengah-tengah. 

Cara anda untuk mengambil gambar menggunakan teknik Rules Of Third :

1. Fokuskan subjek yang hendak diambil ditengah ‘viewfinder‘. Kemudian tekan separuh butang ‘shutter’ dikamera yang digunakan. Kamera akan memfokus subjek yang hendak anda ambil.

2. Selepas itu (tanpa menekan habis atau melepaskan butang shutter kamera), ubah kedudukan subjek tadi dengan meletakkan subjek mengikuti teknik Rules Of Third.

3. Sesudah mendapat kedudukan Rules Of Third, tekan habis butang shutter kamera untuk ambil gambar subjek tersebut.


Gambar Amir berjalan di Putrajaya

Apa kata lepas ni anda cuba praktikkan teknik Rules Of Third ni dan kongsikan gambar tersebut di blog anda. Sudah pasti gambar yang diambil akan nampak lebih kreatif dan berbeza dari biasa.

29 comments:

  1. hi ciklaili..nice shot..wah..guna photoshop ma..

    ReplyDelete
  2. wah..good info..
    tunggu I sambar dslr, nanti nak belajar dengan U la..

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing.. cantik shot yang Kak Laili ambil tu.. Nanti boleh kongsi lagi ilmu dengan Nur ye.. :D

    ReplyDelete
  4. waaaahhhhh... ciklaili lepas ni pakai galaxy camera laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak kot. cukuplah sekadar pakai galaxy note je

      Delete
  5. ini yang saya kongsi dgn ahli kelab fotografi utk perjumpaan pertama Rabu lepas.. pada saya komposisi adalah yg utama sebelum pergi kepada setting kamera.. sebab kalau tak pandai setting manual, guna AUTO pun boleh cantik bila komposisi cantik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..selain tu kena rajin belajar & praktis untuk hasilkan gambar terbaik

      Delete
  6. wahhh suka entry macam ni,,, dapat belajar fotografi skill..minat3..perbanyakkan hehe :)

    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Setakat ni saya guna kamera HTC one+ dan samsung note 10 bagus juga hasil gambarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah kamera jenis apa pun, janji guna teknik yg betul. sudah pasti hasilnya lebih menarik

      Delete
  8. tips yang menarik..thanks for sharing ciklaili.hehe :)

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. thank you Donny..gambar tu tak berapa sharp :(

      Delete
  10. Saya juga suka ambil gambar....tp tanpa skill...tanpa kamera mahal...patutla gambar tak cantik....tq laili bagi info ni....dslr...dslr...dslr...tunggu...! Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde skill tapi masih boleh belajar kak. wah! nak beli DSLR juga ye..

      Delete
  11. dalam masa yang sama kena belajar untuk cari sudut pandang / angle untuk nampak ianya lebih menarik kan....lepas nie boleh citer pasal potraiture pulak yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kalau food blogger lagi best. ambil gambar makanan pun sudah mengujakan :)

      Delete
  12. den biasa main bedal jer ambik gambar,no rules at all...hehe yerlah kamera den biasa2 ajer...huhu

    ReplyDelete
  13. Setiap digital kamera, telefon bimbit berkamera, Smarphones dan tablet ada model rules of third cuma tinggal hendak set sahaja. Sudah menjadi kebiasaan akan mengambil gambar subjek ditengah-tengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. teknik ni mungkin jarang2 digunakan..

      Delete
  14. Kalau guna applikasi edit gambar pun boleh set Rules of third.

    ReplyDelete
  15. Saya dah cuba teknik ni.. Gambar akan lebih menunjukkan keadaan persekitaran berbanding bergantung kepada latar belakang.. Ada lagi tak teknik-teknik lain? :)

    ReplyDelete
  16. RO3 antara perkara basic yg eca belajar memula pegang dslr...tapi jarang benar nak praktik.hahaha.....tpi bila2 da champion,ble abaikan R03 ne tuk dapatkan shoot yg lebih baik.

    ReplyDelete
  17. Wah, terima kasihlah dengan info yang sgt berguna ni. Mohon share boleh?

    ReplyDelete
  18. Hmm.. kamera da ada (650D) Tp, kat dlm almari jak. X tau nak gna. Da la tu, mmg sbuk sgt sampi xda masa nk study benda tu. Frust sgt. Bila nk amk gmbr, tekan jak la. Xda teknik langsung.. gmbr pn jd biasa2 jak. Xda seni lngsung. Ttarik sgt tgk gmbr org cntk2...

    ReplyDelete
  19. terima kasih notanya..bagus sangat untuk kefahaman

    ReplyDelete