19 February 2013

Tawaran Biasiswa Kecil Yayasan TM 2013

Yayasan TM mempelawa pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia tahun 2013. Tarikh tutup permohonan dalam talian adalah pada 28 Februari 2013.


A. Syarat dan kelayakan
- Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2013 sahaja.
- Calon Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR 2012.
- Calon Tingkatan 4 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A bagi keputusan peperiksaan PMR 2012.
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
- Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.

B. Pakej Biasiswa
- Elaun poket RM1,000 setahun (Tingkatan 1)
- Elaun poket RM1,500 setahun (Tingkatan 4)
- Peluang mengikuti program pembangunan

C. Cara memohon
- Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian / online dengan melayari sesawang Yayasan TM seperti berikut :

- Sila baca panduan mengisi borang di bahagian permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
- Kemukakan Borang Senarai Semak Dokumen yang dicetak serta dokumen yang telah disahkan sebelum atau pada 8 Mac 2013 :

1. Sijil kelahiran / kad pengenalan
2. Keratan gaji / pengesahan pendapatan ibu dan bapa / penjaga
3. Salinan keputusan UPSR atau PMR 2012
4. Salinan penyertaan ko-kurikulum yang disenaraikan dalam permohonan
5. Surat cerai / kematian / OKU jika berkaitan

kepada :

Sekratariat Pemilihan Biasiswa Kecil
Yayasan TM, Aras 14(S)
Menara TM
Jalan Pantai Baharu
50672 Kuala Lumpur

- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis. Bagi permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

13 comments:

  1. Info yg bagus..tq share..ada adk masih bersekolah tp di tingkatan 3&4..

    ReplyDelete
  2. info yg bagus
    aku pun ada adik f4 tahun nie
    adik bongsu

    ReplyDelete
  3. Harap biasiswa ini mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa yang layak.

    ReplyDelete
  4. bagus ni bagi rakyat yang kurang berkemampuan yang anak2 mereka cerdik2..

    ReplyDelete
  5. untungnya budak2 sekarang yer, rasa macam nak kembali semula ke zaman silam, bleh sambung belajar dengan biasiswa TM...

    :)

    ReplyDelete
  6. Info terbaik ni..semoga dapat dimanfaatkan

    ReplyDelete
  7. woa! bagus ni..leh suh anak sedara apply

    ReplyDelete
  8. Lol . Pendapatan kasar 1500 ke bawah ? Err syarat pmr sy pas tp gaji tu emm . Takde rezki la kot

    ReplyDelete
  9. satu usaha dari TM yg amat bagus untuk promosikan jenama dia dengan lebih berkesan

    ReplyDelete
  10. adakah saya perlu mengisi maklumat bapa saya sedangkan ibubapa saya bercerai dan saya tinggal dengan ibu saya.. dan saya juga tidak mengetahui maklumat bapa saya

    ReplyDelete
  11. klau yg x berjaya tu bleh buat rayuan x??

    ReplyDelete