Terima Kasih Blogger Syaifuddin Alias

Entri dari blogger Syaifuddin Alias bertajuk Tuah 3 Blog CikTom, CikLaili, CikEpal membuatkan saya tersenyum sendiri. Tidak sangka pula ciklaili.com (blog seorang cikgu yang biasa-biasa saja) telah digandingkan dengan blogger yang sudah tidak asing lagi dalam dunia blog dan sudah dikenali ramai seperti ciktom dan cikepal.

Sebenarnya hari ini saya kurang sihat. Hampir setahun selepas melahirkan anak kedua (Januari 2012), inilah kali pertama saya demam. Waktu inilah saya rasa betapa bersyukurnya diberi nikmat kesihatan. Mungkin juga demam ini sebagai ujian atau kifarah atas apa yang telah dilakukan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada blogger Syaifuddin kerana entri anda telah membuatkan rasa demam saya hilang seketika.

 

Untuk menjadi ciklaili.com seperti hari ini bukanlah semudah yang disangka. Ia bukan mengambil masa sehari dua. Banyak lagi ilmu tentang dunia blog terutama ilmu tentang SEO yang perlu saya pelajari. Yang penting saya mahu belajar, belajar dan terus belajar. Rahsia bagaimana blog saya mula mendapat trafik yang tinggi telah saya kongsikan di dalam entri Rahsia Trafik Blog Yang Tinggi. Mudah-mudahan entri tersebut sedikit sebanyak dapat menjadi panduan untuk para blogger di luar sana.

* Anda pilih untuk menjadi blogger yang bagaimana - Popular? Dikenali Ramai? Pakar SEO?

Post a Comment

19 Comments

  1. teruja kalau ada org review blog kitakan..

    ReplyDelete
  2. koz plih blogger sebagai cabang tuk timba ilmu dan juga pendapatan sampingan^^

    ReplyDelete
  3. dah baca entry ni..perasan jugak blog cik-2 ni memamng femes emes..ehe

    ReplyDelete
  4. cik laili?? saper dia tu?? BLOGGER HEBAT dan MASYUUUKK!!! :)

    ReplyDelete
  5. gandingan yg hebat di antara ketiga2 cik, hehehee.....

    ReplyDelete
  6. tahniah kepada mereka semua yang telah berjaya, peluang dan rezeki masing2 ada, mari kita usahakan bersama-sama..

    ReplyDelete
  7. gandingan 3 cik yang sememangnya mantap, tahniah

    ReplyDelete
  8. Ciklaili sudah mulai naik sekarang..setaraf dengan blogger hebat yang lain :)

    ReplyDelete
  9. cukup jadi blogger yg ada ramai kawan.hehehe :D

    ReplyDelete
  10. saya jadi blogger bukan untuk dikenali tapi memberi informasi dan membantu yg lain dgn ilmu yg saya tahu.. :)
    Apa pun ciklaili, ciklaili memang saya boleh jadikan sbg cikgu :)

    ReplyDelete
  11. Tahniah..syukur boleh dpt imu byk,jgn jemu ajar akk ye

    ReplyDelete
  12. cikgu laili merendah diri.. pada saya cikgu sehebat cik2 yang lain tu.. :)

    ReplyDelete
  13. macam ni punya hit & meletop boleh lg cakap blog ni biasa2 jer ye... mmg betul apa yg dicakapkan oleh Syaifuddin tu.

    p/s: pilih untuk jd blogger yg berkualiti, x glamer pun x apa

    ReplyDelete
  14. saya pon mcm syaifudin gak cik laili.. cuma malu jer nak tulis.. hehehehe...

    mmg byk ilmu yg sy dpt dr blog cik laili. ingat leh jumpa cik laili kat #sbb 2013 bebaru ni.. tp cik laili ak tak hadir..

    ReplyDelete
  15. blog ciklaili memang hebat. semua orang tau :D

    ReplyDelete
  16. Memang terharu apabila ada orang sudi berkongsi mengenai blog kita. Ia adalah satu penghormatan.

    ReplyDelete
  17. Semoga tulisan tersebut akan semakin memberikan semangat untuk terus berkarya di dunia blogging.

    ReplyDelete