Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM Tahun 2013

Makluman buat pelajar tahun enam (6) 2012 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM IGCSE dan Ulul Albab SAHAJA, keputusan kemasukan akan dimaklumkan melalui mySMS DAPAT 15888 bermula pada 8 Januari 2013. Sila click link di bawah :


Manakala, semakan keputusan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan 4 MRSM Program Biasa tahun 2013 boleh disemak mulai 4 Februari 2013. Sila click link di bawah :

Terkini : Ambilan 11 Mac 2013 

Semakan Tingkatan 1 :
http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp

Semakan Tingkatan 4

http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp

Perkhidmatan mySMS : 

mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran 
dan hantar ke 15888



Terdapat empat program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:


i. MRSM Program Biasa
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)

ii. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

iii. MRSM Program IGCSE
Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

iv. MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE
Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.


* Entri ini akan dikemaskini untuk memberikan direct link bagi semakan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM Biasa. Harap maklum.

Post a Comment

28 Comments

  1. cik laili, anak saya dapat MRSM batu pahat untuk course ICGSE..memang impian dia untuk bergelar 'somebody' satu hari nanti...

    ReplyDelete
  2. e-rayuan tok sekolah asrama penuh nak check kat mana

    ReplyDelete
  3. untuk e-rayuan SBP, sila rujuk entri ni - http://www.ciklaili.com/2012/12/semakan-tawaran-ke-tingkatan-1-sekolah.html

    ReplyDelete
  4. dulu teringin juga nak masuk MRSM...tapi apakan daya result den tak cemerlang mano pun...huhu

    ReplyDelete
  5. mudah skrg ni yek semuanya dihujung jari

    ReplyDelete
  6. anak saya minta mrsm igcse baling.sampai hari ni 9/1/2013 saya belum mendapat sms dapat lagi..mcm mana kalau saya nak buat rayuan..

    ReplyDelete
  7. Saya ada memohon mrsm online untuk anak saya tapi bila hari yg sy nak print dan pos salinan application tu dah tak boleh access lg website tu. lepas tu hari interview/ujian yg ditetapkan pun lupa nak pergi, lgpun bila dah tak htr hardcopy application, rasa mcm confirm tak dpt lah... skrg rasa rugi pulak x cuba jugak pergi interview/ujian, mana lah tahu masih diterima walaupun tanpa hardcopy application

    ReplyDelete
  8. saya ada call talian khidmat pelanggan MOE..
    E-rayuan SBP Tingkatan 1 2013 tutup pada 7/1/13 tempoh hari..jadi result nya selepas 7/1/13 ke atas..sila semak web MOE dari semasa ke semasa..still tak de jawapan yg firm ckp bila..kita sabar dan check je web dia..
    mungkinkah result e rayuan dulu pastu MRSM ..tu yg MRSM biasa awal Feb baru kuar kan..

    ReplyDelete
  9. Kalau nak semak online mrsm igcse boleh tak?

    ReplyDelete
  10. Salam sy nak tanya dulu masa mohon MRSM utk anak sy, sy guna no hp lain. Sekarang sy dah tak guna no tersebut tp no lain. Mcm mana mereka nak inform sy jika anak sy berjaya dpt tempat Di MRSM?

    ReplyDelete
  11. hihihi.... saya bekas pelajar mrsm :)

    ReplyDelete
  12. Seronoknya jika dapat masuk MRSM. Saya sekolah di rural area dulu. Tp alhamdulillah. Mana-mana sekolah pun sama. Janji dapat cari ilmu

    ReplyDelete
  13. Wah, bestnya dapat masuk mrsm. Saya dulu kecik2 tak dpt pegi sebab tak tahu mohon dan tak tahu pada sapa nak tanya. mak bapak saya tak faham camner cara nak apply so, teruskan ajer sekolah kat kg. Kwn yg masuk mrsm dah berjaya jd doktor. Takperlah terima ajer qada & qadar Allah ;)

    ReplyDelete
  14. bukan ker kputusan mrsm biasa kluar smalam????

    ReplyDelete
  15. Bile keputusan ambilan ke2 f1 ke sbp..

    ReplyDelete
  16. bila keputusan rayuan ke mrsm ulul albab keluar?saya dah x sabar menunggu.
    saya berharap saya adalah salah seorang calon rayuan yang terpilih untuk belajar di situ..saya amat berminat dangan program ulul albab.

    ReplyDelete
  17. bila mrsm nak keluar keputusan? setiap hari duit keluar je untuk belanja sekolah menengah biasa kejap beli itu kejap beli ini. buka sekolah hari tu pon dah keluar dua tiga ratus sorang. kasut pun beli satu je tu pun sebab yang tahun lepas warna hitam.dengar kata kena standby rm 1000 paling sikit untuk masuk ke mrsm. nak buat macam mana harap haraplah dapat saya ni pun bukan orang kaya......

    ReplyDelete
  18. Ape laman web nk cheak mrsm tu ehh??untuk f1..

    ReplyDelete
  19. dah 2hb ni.. x boleh nk bg ke tarikh yg tepat bila kluarnya result ke MRSM ni?

    ReplyDelete
  20. Nor Aida : dijangka keluar awal Feb. rasanya dalam minggu depan. jangan risau, saya akan update & beri direct link untuk semakan..

    ReplyDelete
  21. caner nak semak klu mintax MRSM program biasa..? boley x bg LINK..tq

    ReplyDelete
  22. ok.. tq cik Laily.. arap sgt dpt.. ank sy dpt 5A upsr 2012.. tp x dpt tawaran SBP pun.. sekolah kawalan pun x dpt.. rasa pelik jg.. rayuan SBP pun ditolak.. sedangkan anak sy sgt aktif dlm kokurikulum dan mempunyai sijil yg bagus2.. selalu mewakili sekolah dlm pelbagai acara.. rasa pelik jg la knp x dpt tawaran..

    ReplyDelete
  23. Salam , ciklaili tau tak bila kptsn mrsm utk tgkatan 4 2013 ? ..

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah.. anak dpt tawaran ke MRSM.. Syukur sgt2 pd Allah

    ReplyDelete
  25. KENAPA SAYA TERIMA SMS TAHNIAH DAPAT MASUK MRSM TETAPI BILA CHECK WEBSITE, MASUKKAN NO. IC KATA TAK BERJAYA? YANG MANA SATU BETUL NI?

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum...
    untuk kemasukan ke tingkatan satu mrsm 2014 ,dimana boleh saya chek keputusan nya.
    harap cikgu laily dapat membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..anda boleh check melalui link berikut untuk semakan bagi tahun 2014 :

      http://www3.mara.gov.my/Keputusan_MRSMF1/index.htm

      Delete