Senarai Hospital, Klinik Kesihatan & Klinik Pergigian Yang Melaksanakan Electronic Guarantee Letter (e-GL)

Mungkin masih ada di antara anda yang belum mengetahui tentang penggunaan Electronic Guarantee Letter (eGL). Untuk makluman, penggunaan surat pengesahan diri dan pengakuan pegawai / Guarantee Letter secara online ini telah dilaksanakan di peringkat permulaan mulai 1 Ogos 2007 di hospital-hospital sekitar Lembah Klang sahaja. Pada masa ini penggunaan e-GL telahpun diperluas ke semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia

Contoh Electronic Guarantee Letter (eGL)

Dengan adanya e-GL ini anda tidak perlu lagi membawa Guarantee Letter untuk mendapatkan rawatan di hospital, klinik kesihatan dan klinik pergigian. Pihak hospital dan klinik akan melihat e-GL anda melalui
aplikasi HRMIS. Oleh yang demikian, semua pegawai dinasihatkan supaya memastikan maklumat berikut  lengkap dan dikemaskini :

1. Maklumat pegawai dan keluarga dalam Modul Pengurusan Rekod Peribadi

2. Profil Perkhidmatan Pegawai (Skim perkhidmatan, Gred gaji, Mata Gaji)
3. Maklumat unit organisasi pegawai dalam Modul Data Perjawatan
4. Nombor gaji  


Post a Comment

2 Comments