Rahsia Trafik Blog Yang Tinggi

Terlebih dahulu saya ingin nyatakan bahawa entri ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kehebatan saya berblog tetapi saya ingin berkongsi bagaimana trafik blog ini boleh meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Mungkin dengan perkongsian ini, anda boleh jadikan panduan untuk meningkatkan lagi trafik blog anda.

Anda mungkin tidak tahu kewujudan atau tidak pernah berkunjung pun ke blog ciklaili.com. Blog ini masih agak 'kurang dikenali' dalam kalangan blogger. Mungkin juga sebab kurang promosi. Maklumlah...blog seorang cikgu yang biasa-biasa saja. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari tentang dunia blog terutama SEO. Trafik blog ini bukanlah selalunya tinggi. Ada masa dan ketika mengalami kejatuhan juga.


Trafik blog pada 21.12.2012 sehingga jam 11.00 pm

Trafik sepanjang minggu lepas 14.12 - 20.12.2012

Apa yang saya lakukan selama ini :

1) Saya tulis apa yang orang lain ingin tahu tentang sesuatu perkara.

Contoh : Jadual Pembayaran Gaji Bulanan

Sebenarnya jadual gaji tersebut boleh di'screen capture' dari laman web anm tetapi saya buat cara lain - saya taipkan semula jadual gaji tersebut. Selain menerbitkannya di dalam blog, saya juga kongsikan jadual gaji tersebut di slideshare supaya pengunjung boleh download dan print sebagai rujukan.

2) Saya kongsikan pengalaman bercuti bersama keluarga di tempat-tempat menarik.

Contoh : percutian ciklaili.com.

Biasanya sebelum pergi bercuti, ramai yang akan cari maklumat tentang tempat yang hendak dituju. Dengan berkongsi pengalaman percutian, saya juga meletakkan beberapa keping gambar yang menunjukkan bagaimana suasana ditempat tersebut, bayaran masuk, tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi dan memberikan cadangan tempat untuk menginap sekiranya ingin bermalam di sana.

3)  Tulis entri yang memudahkan pengunjung untuk membuat permohonan dan semakan dengan segera.

Contoh : Entri tentang Permohonan dan Semakan

Entri permohonan ke SMKA Tahun 2013 : saya permudahkan carian pengunjung untuk membuat semakan dengan mengumpulkan direct link mengikut negeri. Dengan cara ini pengunjung dari negeri mana sekalipun akan mendapat akses. 

Pengunjung mungkin tidak tahu bagaimana sukarnya saya mencari direct link tersebut dari laman web berkaitan seperti KPM, JPN  dan BPI. Ada direct link yang tidak boleh digunakan langsung dan saya tetap meneruskan pencarian. Usaha saya ini sangat berbaloi kerana mendapat trafik yang tinggi pada 17.12.2013 (14575 UV) dan 19.12.2013 (14673 UV)

4) Maklumat tentang kehamilan dan penjagaan anak juga sering dicari oleh pengunjung. Idea untuk menulis tentang kehamilan datang apabila saya disahkan mengandung anak kedua pada bulan Mei 2011. Tentu seronok jika dapat berkongsi pengetahuan tentang kehamilan dan penjagaan anak dengan anda yang bergelar IBU, MAMA, UMMI, MAMA di luar sana. Saya ada kongsikan pengalaman menggunakan 'cloth diaper (CD)' dan ber'babywearing' untuk anak kedua saya.

5) Saya juga menulis bagaimana pengalaman saya menggunakan sesuatu sistem seperti SAPS dan eSPLG. Saya tunjukkan satu persatu bagaimana sistem ini berfungsi dengan ayat yang mudah difahami. Sudah tentu ramai yang ingin tahu bagaimana cara menggunakan sistem ini.

* Gambar slip keputusan pelajar saya (tahun 2011) di dalam entri semakan SAPS telah banyak diterbitkan di blog-blog lain. Terdapat kesilapan maklumat yang disampaikan di blog tertentu tentang penggunaan SAPS bagi semakan peperiksaan sebenar. Jika anda tidak menggunakan sistem ini, sudah tentu anda tidak tahu tentang maklumat penting tersebut.

OKlah..rasanya cukup setakat 5 panduan yang saya berikan ini. Jika ada lagi, saya akan update kemudian. Yang penting jadilah diri anda sendiri semasa menulis blog. Tak perlu nak ikut niche blog yang telah popular. Usaha, usaha dan terus berusaha sehingga berjaya. Jangan mudah berputus asa! (macam bagi nasihat pada pelajar yang nak ambil SPM pula).

Lagi satu, 'jangan kedekut ilmu'. Jika ada kawan-kawan yang ingin belajar tentang blog, ajarlah dengan seikhlas hati. Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain akan diberi ganjaran pahala oleh-Nya. Anda takkan rugi apa-apa pun. Ilmu Allah tu kan seluas air di lautan. Luas sangat!

* Tanpa sokongan anda semua, mana mungkin blog ini mendapat trafik yang tinggi. Jutaan TERIMA KASIH buat semua yang pernah berkunjung ke sini :)

Post a Comment

67 Comments

  1. Terima kasih atas ilmu yg dikongsikan.. Sgt2 hargainya.. Byk lg yg sy perlu belajar..

    ReplyDelete
  2. Assalam,
    Saya slh seorg 'silent reader' blog cikgu ni.. mmg bnyk info saya dpt & kkdg ada jga amiknya untuk rujukan sndiri..
    t/ksh bnyk2

    ReplyDelete
  3. Opss..macam terkena la plak..sory cikaili,aritu lupa nak tag cikaili kt post tue..nanti saya tag balik..hehe..papepon saya suka tengok trafik blog cikaili..minta tunjuk ajar.saya blogger baru :)

    ReplyDelete
  4. terlalu tinggi untuk saya capai..huhu

    ReplyDelete
  5. hehe.. nmasukkan ciklaili sebagai salah seorang idola saya.. :)

    ReplyDelete
  6. Wah, TQ cikgu for the info. Akan saya praktikkan juga. In shaa Allah ^__^

    ReplyDelete
  7. tahniah dan terima kasih kongsi ilmu...

    ReplyDelete
  8. tahniah ciklaili, traffik yang mantap ;)

    ReplyDelete
  9. walaupun ciklaili kata blognya tak dikenali tp trafik tu berkata sebaliknya..kagum!

    :)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas pengongsian ilmu ini. Kak zan juga masih membaca artikel/entri tentang penulisn entri yg bagus dan boleh menarik traffik yg tinggi!

    ReplyDelete
  11. tq kak laili..memang tgh mencari2 tips ni..hihi..thanks for sharing

    ReplyDelete
  12. memang tabik pada ciklaili. menyimpan impian untuk menjadi sepertimu :)

    ReplyDelete
  13. saya juga selalu datang kat sini, ciklaili.com seorang yang humble tetapi tinggi ilmunya, tahniah...teruskan kecemerlangan ini. (macam guru besor plk..hihi)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum cikgu. Saya bersyukur kerana dapat nuget emas di sini hari ini. Alhamdulillah.

    Moga cikgu terus berkongsi pengalaman di samping mendidik blogger lain agar lebih beretika dalam berblogging.

    Terima kasih cikgu. :-)

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum ..semoga bertambah sukses lg selepas ini ye..pertama kali dtg sini..tq utk semua tip tu..

    "Tulis apa yg orang ingin tahu"..

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Pada saya blog ciklaili.com hebat dlm kelasnya yg tersendiri!

    ReplyDelete
  17. semoga dapat lebih banyak trafik pada tahun 2013 nanti. :)

    ReplyDelete
  18. * termenung tgk screenshot trafik..online users pun ramai huhu

    ReplyDelete
  19. salam kenal dik
    leh ke joint segmen tuu sbb akak dah lama tinggalkan FB huhuh

    ReplyDelete
  20. ieda : w'salam. boleh je join..

    ReplyDelete
  21. info yang memang bagus..nice sharing ciklaili..sedikit sebanyak memberikan idea baru kepada saya

    ReplyDelete
  22. tahniahhhh... trafik mantap betul...

    ReplyDelete
  23. Salam. Memang terbaik dan banyak info. Lawat blog saya :
    unclemajid.blogspot.com T.Kasih

    ReplyDelete
  24. bukan lagi rahsia... terbaiklah cikgu.. :)

    ReplyDelete
  25. biasanya blog yang bermain dengan seo memang mendapat traffic yang tinggi.

    ReplyDelete
  26. woww.. best tips ni. akan dicuba!!

    ReplyDelete
  27. cikgu orang kampung wife ni... memang hebat! bila nak jumpa.. :)

    ReplyDelete
  28. Tahniah ciklaili. saya pun selalu jadi silent reader aje, sesekali je sempat nak tinggal jejak kat sini.

    terima kasih juga atas perkongsian ilmu, betul kata ciklaili tu...ilmu jika disebarkan akan bertambah berkat.

    ReplyDelete
  29. Terima kasih untuk tips tersebut cikgu... Memang hebat ni..

    ReplyDelete
  30. Banyaknya yg akak kena belajar lg..terima kasih laili atas perkongsian dan peringatan

    ReplyDelete
  31. Byk yg saya belajar dr Laili... mantap trafik... tahniah...

    ReplyDelete
  32. blog hebat under radar nie.... dah tiba masanya ke dunia blog mainstream.... hehehehe

    ReplyDelete
  33. thanks cikgu laili.. sgt informatif.. :)

    ReplyDelete
  34. Ilmu yang amat menarik. Terima kasih, cikgu!

    ReplyDelete
  35. tahniah tuan blog.. memang rmai visitor nye

    ReplyDelete
  36. tabik spring la cikgu~
    dalam kesibukan kerja,boleh juga jana traffik macam ne kan~
    bangga dalam golongan yg sama.haha :D

    ReplyDelete
  37. Perkongsian yg sgt bguna..tk tercapai rasenya nk jd shebat ciklaili..thniah cikgu

    ReplyDelete
  38. Perkongsian yg sgt bguna..tk tercapai rasenya nk jd shebat ciklaili..thniah cikgu

    ReplyDelete
  39. tahniah sanggat tinggi pengunjung blog ni...satu kelebihan yg patut disyukuri

    ReplyDelete
  40. mmg hebat trafik cik laili!!smua niche evergreen..mmg plwt sentiasa cr..cik tom mmg surrender bab ni..hee...

    yg bgs smbgn cik laili smbl tolong org dpt info dpt jgk trafik jana income...win-win situation ^_^

    ReplyDelete
  41. memang kalau guna SEO trafik leh meletup letup

    ReplyDelete
  42. wah tinggi betul trafik tu, tahniah ya :D

    ReplyDelete
  43. Ciklaili memang awesome..hehe :)

    ReplyDelete
  44. Terima kasih ciklaili.com atas info.. saya nih pun cikgu biasa yang baru nak bukak tapak.. Harap2 sudilah membantu kalau ada kelapangan..

    ReplyDelete
  45. blog ciklaili ni memang banyak panduan....

    ReplyDelete
  46. ilmu yang amat penting buat blogger!!! rugi saper yang tak terjah blog ciklaili..

    ReplyDelete
  47. sgt tinggi trafik yg ciklaili tunjukkan tu. tahniah ;)

    betul, sy setuju sgt. jadilah diri sendiri. jgn terlalu kejar populariti, semua itu akn dtg kemudian @ secara sampingan. biarlah menulis kerana minat dan untuk menyampaikan info

    ReplyDelete
  48. berdentum traffik hehe eraning nuffnang pon masyuk ni

    ReplyDelete
  49. terima kasih atas perkongsian cikgu

    ReplyDelete
  50. Saya belajar tentang ini hari ini. Terima kasih cikgu Laili

    ReplyDelete
  51. gud job ciklaili..
    menbuat sedikit kajian & dpt pulangan yg hebat.

    ReplyDelete
  52. assalamualaikum ciklaili...tahniah memang menarik perkongsian ini...:)

    ReplyDelete
  53. wahh..kena blajar ngan cikgu ni..:D

    ReplyDelete
  54. info yang berguna.
    thank ciklaili

    ReplyDelete
  55. terima kasih kerana berkongsi tips dan maklumat ini..tambah ilmu lagi

    ReplyDelete
  56. Assalammualaikum...ciklaili,

    ziarah sini baca2 entry kat sini.. terima kasih atas entry nie.. blog ciklaili nie siapa tak kenal.. kekadang mselim3 jadi silence reader blog nie sebenarnya... hehehe...

    mselim3

    ReplyDelete