eMall : Majalah Versi Digital

Bermula jam 12.00 tengah malam 15 November 2012 anda semua berpeluang untuk mendapatkan majalah dari Karangkraf versi digital secara percuma dan anda hanya perlu download majalah tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu dalam masa 1 hari sahaja. 


Saya sendiri telahpun berjaya download aplikasi eMall di Samsung Galaxy Note dan sangat berpuas hati apabila dapat membaca majalah Pa&Ma, Rasa dan Impiana versi digital tersebut. Majalah yang telah dimuat turun boleh dibaca secara offline dan tidak perlu menggunakan talian internet.

Untuk makluman, aplikasi eMall telah dilancarkan oleh Kumpulan Media Karangkraf bagi memudahkan pelanggannya mendapatkan kesemua majalah, novel dan buku secara pembelian atau percuma melalui atas talian. Baca laporan penuh di sini.

 

Cara Mendapatkan Majalah Versi Digital Secara PERCUMA :

1. Download Apps eMall di AppStore (iOS) / Google Play (Android).

2. Setelah berjaya install, buka aplikasi eMall.

3. Klik kepada Shop di Panel Atas. Kemudian klik Pada Magazines di Panel Bawah.


4. Scroll ke bawah hingga anda jumpa Pa&Ma.


5. Klik Pada Back Issues di bawah cover Pa&Ma.


6. Klik Pada Free di bahagian SEPTEMBER 2012.


7. Selepas itu anda sudah boleh membaca secara percuma.
Anda perlu tutup dan buka balik aplikasi eMall. Anda akan nampak library sebagai page utama aplikasi.


Sumber : Facebook eMall

Post a Comment

1 Comments