Satu Sesi Persekolahan | Dua Peperiksaan Utama : UPSR & SPM

Malam tadi saya menonton Buletin Utama dan mendengar ucapan dari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan satu sesi persekolahan yang bakal dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun. 

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 juga mensasarkan pelaksanaan sistem persekolahan satu sesi sepenuhnya sekiranya mendapat peruntukan yang besar. Peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga pula akan dibuat melalui penilaian sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) apabila PMR dimansuhkan pada 2014.  

Selain itu, isu peperiksaan utama juga disentuh yang mana selepas ini hanya ada dua peperiksaan utama diadakan iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada peringkat rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada peringkat menengah.

"Setiap pelajar masih boleh diukur tahap pencapaian pelajaran mereka menerusi peperiksaan SBA yang dikendalikan oleh sekolah. Tetapi, ia masih lagi dipantau oleh Lembaga Peperiksaan agar soalan yang disediakan itu berkualiti dan dapat ukur kejayaan pelajar," katanya. 

Beliau berkata pengambilan pelajar tingkatan empat ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tidak akan dihentikan walaupun PMR akan dimansuhkan pada 2014.  


 

Post a Comment

1 Comments

  1. thanks for the info. semoga apa jua perancangan untuk anak2 kita akan menunjukkan hasil yang positif.

    ReplyDelete