Bonus Blog ciklaili.com

Entri Isu Bonus Raya : Bukan Salah ciklaili.com bukanlah entri berbentuk provokasi atau apa saja yang negatif. Pada saya sebagai pemilik blog ini, setiap komen yang ditulis oleh pengunjung termasuk Anonymous akan diambil serius. Ini kerana setiap orang mempunyai kebebasan bersuara seperti yang terkandung dalam Perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Malaysia : tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.

Apakah maksud istilah “kebebasan bersuara”?

“Kebebasan bersuara” merujuk kepada hak seseorang individu untuk mengekspresikan idea-ideanya tanpa campur tangan kerajaan.  Hak kepada kebebasan bersuara adalah, sebenarnya, suatu kesinambungan kepada hak terhadap kebebasan.  Jika seorang manusia itu mempunyai hak berfikir untuk dirinya sendiri dan untuk menggunakan mindanya semahunya, maka dia juga haruslah mempunyai hak untuk mengekspresikan buah fikirannya dan idea-idea dalam bentuk yang konkrit, samada dalam bentuk penulisan ataupun lisan.

Menyentuh isu bonus, saya sebenarnya telahpun menerima 'bonus puasa' hasil dari blog ini pada hari Nisfu Syaaban yang lepas. Mungkin jumlahnya tidak sebanyak Bonus Raya 2012 : Setengah Bulan Gaji yang bakal diterima oleh penjawat awam yang lain, tapi saya tetap bersyukur.

Inilah dia 'bonus puasa' blog ciklaili.com :


* 'Bonus raya' blog ini pula akan diterima pada awal bulan ini :)

Post a Comment

6 Comments

  1. banyak dapat sponsored post ke BE =)

    ReplyDelete
  2. Tahniah!!! You deserved it!!

    ReplyDelete
  3. Cik Rongoks & Aju Mohit : terima kasih..

    BlogHafizRahman : dapat BE & SP sikit aje (boleh tgk entri SP di bar atas header) tapi mungkin nilainya tinggi - ratus & ribu :)

    ReplyDelete
  4. ni bonus bper bulan gaji?hehhe

    ReplyDelete
  5. JMR : jadi part-time blogger mana dapat gaji. ni bonus blog je..hehe!

    ReplyDelete