Adakah Anda Layak Menjadi Pengundi Dalam Pilihan Raya?

Pilihan Raya  ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang dan sistem ini dikenali sebagai sistem majoriti mudah. 

Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Malaysia.


Pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan pada bila-bila masa. Bagi anda yang telah mendaftar dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya, semakan boleh dibuat melalui entri ini

Bagi yang belum mendaftar, jom sama-sama semak adakah anda layak menjadi pengundi dalam pilihanraya nanti seperti yang dinyatakan di dalam Perkara 119 Perlembagaan Malaysia :

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun
3. Bermastautin / tidak bermastautin
4. Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri
5. Anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi. 

* Agak-agak bila PRU-13 bakal diadakan?

Post a Comment

2 Comments

  1. mkin kuat dh gelombang PRU 13 .. dijangkakan pd blan ini atau awal blan 6

    ReplyDelete
    Replies
    1. parlimen baru dibubarkan hari ini, 3/4/2013..bila2 masa saja PRU13 akan diadakan..

      Delete