Silent Reader ciklaili.com


Sudah masuk 3 minggu saya kembali bertugas setelah 2 bulan cuti bersalin. Sepanjang 2 minggu lepas, saya memang agak sibuk dengan program di sekolah sejak dari hari Isnin hingga hari Sabtu. Apapun itulah lumrah orang bekerja. Ada masa sibuk dan kadang-kadang ada juga masa lapangnya.

Siapa sangka entri tentang Kad Matrik cikgu Laili telah menemukan saya dengan seorang pembaca blog ciklaili.com secara face-to-face. Beliau merupakan guru yang baru berpindah ke sekolah saya. Kebetulan pula waktu beliau mendaftar, saya sedang dalam cuti bersalin. 

Agak terkejut juga bila beliau menyatakan bahawa beliau merupakan pembaca blog saya sejak setahun yang lalu. Itulah jodoh namanya bila dapat berjumpa dengan pemilik blog ciklaili.com ini, kan?

Memperkenalkan silent reader blog ciklaili.com yang secara automatik menjadi rakan guru di sekolah saya - cikgu Wani. Muka cikgu Wani ada iras macam penyanyi Ana Raffali, kan?

 Cikgu Wani

Inilah bukti yang menunjukkan kami mengajar di sekolah yang sama.



Post a Comment

2 Comments

  1. wahhh siap ada pas mcm tu :D saya berkhidmat 5tahun, name tag nama tu je lah :D

    ReplyDelete
  2. sekolah kami baru je buat kad matriks ni..

    ReplyDelete