30 April 2012

Punca Trafik Blog Semakin Menurun

Beberapa hari yang lepas, trafik blog ciklaili.com menunjukkan penurunan yang amat ketara. Agak terkejut dengan keadaan ini, saya mula mencari jawapannya. Selidik punya selidik, rupanya disebabkan 'salah faham' dengan kandungan e-mail dari pihak NetKL, maka domain saya yang luput/expired pada tarikh 27 April 2012 tidakpun diperbaharui - salah saya sendiri :(


Patutlah trafik blog semakin menurun - blog saya tidak boleh diakses oleh kebanyakan pengunjung. Alhamdulillah...masalah pembaharuan domain telah dapat diselesaikan tetapi disebabkan kelewatan, blog ini akan mengambil 12-72 jam untuk beroperasi seperti biasa. 

Pada blogger yang menggunakan domain, jangan lupa pastikan domain anda diperbaharui sebelum tarikh tamat tempoh. Kalau tidak rugilah trafik blog anda seperti yang terjadi kepada blog ciklaili.com. 
 

2 comments: