01 March 2012

Video Shila Amzah : Patah Seribu


Minggu lepas saya berpeluang menonton telemovie Patah Seribu lakonan Shila Amzah dan pelakon Sharnaaz Ahmad. Boleh tahan juga lakonan Shila walaupun ini kali pertama beliau berlakon. Telemovie ini diambil sempena lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penyanyinya sendiri iaitu Shila Amzah.  


Sedikit sinopsis drama Patah Seribu : 

Mengisahkan tentang Bella (Shila Amzah) yang dibesarkan dalam suasana mewah sejak kecil yang mula merasakan hidupnya kosong apabila mendapati rakan-rakannya hanya rapat dengannya kerana wang dan kedudukan. Dia berkenalan dengan Azu (Shaarnaz Ahmad) yang merupakan seorang penjual buah berangan namun Azu enggan melayannya sehinggalah pengutip cukai haram datang memeras ugutnya di gerai.

Jom sama-sama saksikan video Patah Seribu yang memaparkan sedikit adegan dari telemovie tersebut :

 

0 Comment:

Post a Comment