Siaran Langsung Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama PM

Terkini (11 Mac 2013) : 'Berita baik' buat penjawat awam, ATM & PDRM. Sila click link berikut :


Hari ni merupakan hari yang dinanti oleh semua penjawat awam kerana Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib akan mengumumkan beberapa perkara penting tentang SBPA di Perhimpunan Khas bersama Penjawat Awam. Jangan lupa saksikan di TV1, Streaming TV1 dan juga Astro Awani (CH501).


Anda juga boleh saksikan video berita Astro Awani yang sempat saya rakam.



Kesimpulan :
  
1. SBPA dibatalkan

2. SSM akan dikekalkan serta dipertingkat

3. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan dari RM200 kepada RM250 bagi kawasan B dan RM100 kepada RM150 bagi kawasan C

4. BIPK, BIW, BIP, BISP dikekalkan 

5. Pelarasan gaji sebanyak 13% bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54,  bagi Kumpulan Gred Utama C,B, A (9%), Gred Turus 3 dan 2 (8%) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (7%)

6. Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) RM80 -RM320 mengikut gred



Maklumat tambahan dari laman web NUTP :


Bagi guru KUP Time-Based baru akan dilaksanakan

DGA29  -> (8tahun) DGA32 -> (8tahun) DGA34 -> (5tahun) -> DGA38

DG41 -> (8tahun) DG44 -> (8tahun) DG48 -> (6tahun) DG52 -> (3tahun) DG54

2. Gaji Matrik dalam SSM masih digunapakai P1, P2 dan P3

3. Pergerakan Gaji Tahunan RM80.00 hingga RM320.00

* Untuk rakan-rakan guru, anda bolehlah merujuk Gred Gaji GURU Mengikut SSM 



Post a Comment

4 Comments

  1. pertama tahniah atas kenaikkan gaji dan cola,, memang bagus lah walaupun menggunakan ssm tapi penambaikkan telah dibuat,, cuma lain kali jangan terburu2 untuk buat sesuatu,, mcm sbpa kan rugi kos masa, material,, bawa bincang macam sekarang kan bagus,,tahniah dan terima kasih

    ReplyDelete
  2. jobmall : setelah mengambil kira semua aspek, akhirnya SBPA dibatalkan juga

    ReplyDelete
  3. agak2 macam mana kira nya tu...hihi
    start januari ke ataupun next minth...kalau januari,ada la tunggakan...
    kalau next month, juz ada kenaikan gaji je la...

    ReplyDelete
  4. KBH : belum diputuskan lagi. apa2pun gaji & COLA naik juga walaupun tak byk :)

    syukur, alhamdulillah..

    ReplyDelete