14 March 2012

Semakan Keputusan SPM 2011

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan diumumkan pada 21 Mac 2012 (Rabu) seperti di dalam entri saya sebelum ini - Keputusan SPM 2011.

Calon yang menduduki SPM 2011 boleh menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10:00 pagi. Bagi calon persendirian pula, mereka akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu


Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


2 comments:

  1. berdebar-debar nak ambik keputusan.. :)

    ReplyDelete
  2. KiD : cikgu pun berdebar juga nak tahu keputusan anak2 murid.

    ReplyDelete