21 March 2012

Keputusan SPM 2011

Alhamdulillah..berkat usaha guru-guru, doa ibu bapa dan kegigihan pelajar yang berterusan sepanjang tahun 2011 telah membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan.

Sekolah saya berada dikedudukan yang agak baik di dalam daerah. Syukur alhamdulillah bagi mata pelajaran Sejarah telah mencatatkan keputusan 100%. Sebagai guru yang mengajar 3 buah kelas bagi mata pelajaran ini, saya masih teringat lagi debaran saya sewaktu anak-anak murid menduduki peperiksaan pada 16 November 2011. 


Berikut adalah keputusan SPM mata pelajaran Sejarah bagi sekolah saya :

(calon seramai 63 orang)

34 orang mendapat A+, A & A-
17 orang mendapat B+ & B
11 orang mendapat C+ & C
1 orang mendapat E


* Setinggi-tinggi tahniah buat anak-anak murid cikgu Laili. Cikgu bersyukur dan rasa bangga dengan keputusan SPM 2011. Cikgu sayang kamu semua :)

0 Comment:

Post a Comment