24 February 2012

,

Friso Growing Up Together Days

48hours sponsored post ini dibawa khas oleh ciklaili.com

Bila melihat wajah anak sulung saya (Amir), ingatan saya kembali ke tahun 2006 iaitu waktu saya melahirkannya ke dunia pada bulan Oktober. Cepat betul masa berlalu, Amir kini sudah berumur 5 tahun 4 bulan dan baru saja menjadi seorang abang kepada adiknya (Amar) yang berumur 1 bulan.

Amir dan Amar

Siapa kata menjadi ibu ini mudah, lebih-lebih lagi bila membesarkan anak pertama. Maklumlah..pengalaman pun tiada. Sebelum bergelar 'ibu', seboleh mungkin saya ingin melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya menjadi panduan semasa membesarkan Amir. Tahun pertama membesarkan anak, banyak perkara baru yang saya pelajari. 

Dari anak mula meniarap, merangkak, berdiri, berjalan dan melihat anak membesar di depan mata adalah saat-saat yang paling indah dan bermakna bagi seorang ibu seperti saya. Saya dan Amir sering melakukan aktiviti bersama dan saya rasa seronok bila melihat Amir dapat meneroka dunia dengan caranya sendiri. Lihatlah antara aktiviti yang saya lakukan bersama Amir :

 

Kanak-kanak secara semula jadinya dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan akan saling memerhatikan persekitaran mereka ketika belajar. Justeru, sebagai ibu, saya harus memastikan anak mendapat khasiat yang secukupnya.


Friso adalah jenama produk susu yang telah dirumus dengan gabungan nutrien penting untuk membantu perkembangan anak. Friso Gold percaya kesihatan anak perlu dimulakan sejak ibu disahkan mengandung lagi. Jika anak dilengkapi dengan sistem immune sejak kecil, dia akan dapat meneroka dan mempelajari sesuatu perkara baru dengan lebih sihat. Sistem ini sangat penting bagi melawan penyakit dan membentuk kesihatan minda dan badan anak.

Friso Gold juga dapat mencengah dari penyakit terutama penyakit yang biasa dialami oleh kanak-kanak iaitu cirit-birit dan sembelit. Ia telah dirumus dengan P2 Sistem, kombinasi 2 Prebiotik dan 2 Probiotik untuk melindungi anak disamping mempunyai DHA, AA3 dan SA yang berperanan bagi pertumbuhan otak si kecil. 


Friso Growing Up Together Days yang dianjurkan oleh Friso adalah aktiviti yang memang saya nantikan. Ia juga merupakan acara yang menggunakan platfom inovatif yang BIG BANG iaitu "Talking Newspaper" yang diadakan dengan kerjasama New Straits Times.






Growing Up Together (GUT) adalah konsep yang dibawa oleh Friso untuk menghayati perjalanan seorang ibu / ‘Modern mum’  dan juga merupakan platfom bagi ibu bapa dan anak untuk meneroka dan melakukan aktiviti menarik secara bersama yang dapat memberi pengalaman baru kepada anak-anak. Friso percaya dalam proses membesarkan anak, ibu akan berdepan dengan pelbagai pengalaman bersama anak. Pengalaman yang dialami oleh anak itu merupakan guru terbaik bagi mereka.  

Modern mum’ adalah ibu yang mempunyai sifat seorang ketua, berkeyakinan, moden, mengimbangi antara kerjaya dan keluarga, berpendidikan tinggi, progresif, bersifat individu, asli, jujur dan ikhlas dalam membesarkan anak dan bukanlah seorang ibu yang hanya menjadi pengikut, tidak berdikari, bersifat tradisional, kurang berpelajaran, kolot dan berkorban segalanya untuk keluarga. 

Modern mum’ juga bukan saja memperlengkapkan diri anak dari segi fizikal, mental dan emosi, malahan memastikan anak mendapat nutrien yang lengkap dengan Friso Gold bagi memastikan anak mereka sihat dan bersedia menghadapi segala rintangan dan cubaan. Ini adalah perkara penting dalam proses pembesaran dan perkembangan anak. Kesimpulannya, anda, anak anda dan Friso membesar bersama-sama dengan meneroka dan mendapat pengalaman baru yang merupakan guru terbaik bagi anak anda.

Antara aktiviti yang diadakan di Friso Growing Up Together Days :

Interactive Tunnel – Jump into our virtual world! Mums and Dads are supposed to team up with their little ones to play the interactive games projected to the walls and floor of the tunnel.

Craft Stations - Parents and children are able to get their hands dirty at the craft stations where they can customize their very own T-shirts, badges and hanging mobiles or create their own toys whilst having fun together.
Selain itu, anda juga berpeluang menebus hadiah menarik dari Friso dengan cara membawa tin foil / barcode Friso Gold 3 atau Friso Gold 4 pada hari tersebut. 

 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama ke Friso Growing Up Together Days pada tarikh dan lokasi berikut :

22 - 26 Februari : 1 Utama, Lembah Klang
9 - 11 Mac : Sunway Piramid, Lembah Klang
13 - 18 Mac : AEON Bukit Indah, Johor Bahru
5 - 8 April : Queensbay Mall, Pulau Pinang

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Growing Up Together.

Jumpa anda di sana...!

Untuk melihat apa yang berlaku di Fris0 GUT Days, sila click SINI

0 Comment:

Post a Comment