Tarikh Keputusan STAM 2011 & Semakan Melalui SMS

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 bakal diumumkan pada 26 Januari 2012 (Khamis) melalui kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh KPM. Majlis Pengumuman Analisis Keputusan STAM 2011 pula akan diadakan pada hari yang sama (jam 9.00 pagi) di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.  

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Semakan keputusan STAM 2011 juga boleh dibuat melalui SMS. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 26 Januari 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 1 Februari 2012.

Post a Comment

0 Comments