Semakan Keputusan PMR 2011 Melalui SMS

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan pada hari ini, 22 Disember 2011 (Khamis) melalui surat siaran yang telah dikeluarkan oleh KPM. Calon yang menduduki PMR 2011 boleh menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10:00 pagi.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari ini, jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan hari ini, 22 Disember 2011 bermula jam 10.00 pagi  dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.


Post a Comment

4 Comments

  1. wow! skrg dah hebat dh.. hehe.. ayah dan mak xperlu tanya anak apa result, type jer angka giliran anak.. bahhaha

    ReplyDelete
  2. dah try tengahari tadi tapi "the service is not available"...

    ReplyDelete
  3. dah hilang rasa debaran bila tau keputusan anak pempuan akak.

    terima kasih sudi sponsor semuga murah rezeki kamu yer

    ReplyDelete
  4. eva : maklumat boleh dapat dihujung jari je

    Sumandak : mungkin terdapat gangguan pada sistem. harap bersabar

    kak ina : tahniah ye kak. cemerlang juga keputusan Ira tu.

    ReplyDelete